guang eng bidas ali ketam

Ditanya mengenai kritikan selepas pemasangan papan tanda dalam pelbagai bahasa, Guan Eng berkata, ia telah dilakukan di banyak bandar raya termasuk Kuala Lumpur yang menambah nama jalan dalam bahasa lain seperti Arab dan jawi dan mengekalkan nama dalam bahasa Melayu.


Papan tanda Lebuh Acheh, Georgetown turut memaparkan tulisan Tamil.– Bernama


“Kita tidak boleh jadi satu “masyarakat tertutup” jika kita mahu hidup dan bersaing global,” katanya sambil menambah bahawa lima bahasa berlainan yang dipasang pada papan tanda di sepanjang Lebuh Acheh berharga setiap satu kira-kira RM300.

Mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bahawa Guan Eng sepatutnya menyedari mengenai garis panduan UNESCO yang kini boleh menjejaskan pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, Guan Eng berkata, perkataan yang digunakan Mohd. Ali tidak boleh dipercayai.

“Mohd. Ali pernah berkata, bahawa Shah Rukh Khan akan ke Melaka pada 29 November untuk menerima anugerah negeri yang membawa gelaran Datuk tetapi dibatalkan.

Ini menunjukkan bahawa Mohd. Ali tidak tahu apa yang dikatakan dan tidak menyatakan apa yang dimaksudkan,” kata beliau.

Rabu lepas, Guan Eng dilaporkan berkata, garis panduan UNESCO mengenai pengisytiharan Tapak Warisan Dunia tidak dimaklumkan dengan meluas apabila ia dalam proses pengisytiharan, sambil menambah ia hanya diketahui ketika status Georgetown itu diluluskan oleh UNESCO, barulah kerajaan menyedari garis panduan tersebut.

– Bernama

No comments

Powered by Blogger.