pembangkang kat peneng yang bangang!

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang awal pagi tadi kecoh apabila wakil kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) menolak kenyataan pembangkang yang mempersoalkan kredibiliti pentadbiran kerajaan.

Pertikaman lidah itu bermula apabila Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) yang mengambil giliran pertama perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 dan Usul Anggaran Perbangunan 2009 mempertikaikan sasaran miskin sifar oleh kerajaan Pakatan.

penang scandal seberang prai municipal council 171108 phee boon pohPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan serta Masyarakat Penyayang Negeri Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) yang bangkit mencelah berkata, sekiranya pihak pembangkang sudi bekerajsama, maka sasaran miskin sifar itu mudah untuk dicapai, demikian menurut laporan Bernama.

"Ini semua kerana Umno tidak mahu beri kerjasama, kita ada jemput untuk mesyuarat bincang isu itu tetapi tidak datang, wakilpun tidak ada," katanya dalam nada tidak puas hati.

Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang turut mencelah berkata, keengganan pihak pembangkang memberi kerjasama bertujuan memberi laluan kepada kerajaan negeri mentadbir dan mencorak Pulau Pinang.

"Rakyat telah memilih kerajaan Pakatan untuk mentadbir negeri ini, jadi tunjukkanlah kredibiliti mentadbir dengan sepenuhnya.

"Sekiranya Sungai Puyu ingin minta tolong, kenalah mengaku dulu tidak mampu selesaikan masalah barulah kita akan bantu," katanya.

Phee segera bangkit, menolak kenyataan Azhar itu sambil berkata: "Bila buat kerja amal kena panggil semua orang.

"Kita hormat semua orang bukan tidak mampu untuk lakukan sendiri," tegasnya.

Akaun MPSP

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Pengerusi Badan Perhubungan Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan tampil memberikan penjelasan berhubung isu akaun defisit Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

penang scandal seberang prai municipal council 171108 lim guan engLim berkata akaun MPSP mengalami akaun dan bajet defisit sejak tahun 2000 hingga 2007 menyebabkan penyusutkan kumpulan wang majlis sebanyak RM228,852,412.

"Tak kan beliau (Teng) tidak tahu perkara ini, kerana apa yang berlaku adalah sewaktu beliau menjadi anggota exco untuk kerajaan tempatan.

"Saya berharap beliau (Teng) sebagai seorang yang bertanggungjawab dapat tampil dan memberi penjelasan terhadap isu ini," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Isnin.

Beliau berkata akibat pengurusan kewangan yang tidak cekap MPSP terus mengalami Bajet defisit yang menyebabkan penambahan penyusutan pada 2008 menjadi sebanyak RM248,395,316.

Katanya kerajaan negeri dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan bagi mencari penyelesaian mengatasi kemelut MPSP.

"Setiap tahun MPSP mengalami bajet defisit, saya mahukan penjelasan berhubung perkara ini, akibat Bajet defisit MPSP tidak mampu menyediakan kemudahan untuk orang ramai," katanya.

No comments

Powered by Blogger.