Kenyataan Media: Isu Demostrasi Bogel - Malaysiakini
Para Reformis belumpun bertindak berbogel ataupun berdemostrasi di mana-mana tempat. Kenyataan yang kami buat merupakan satu cara untuk menyatakan bahawa para reformis sebagai pejuang kepada keadilan inginkan rakyat terbanyak dibela dengan sewajarnya jangan sampai rakyat berbogel kerana tidak mampu membeli berpakaian. Bogel itu hanya satu symbol serta lambang keperitan serta ketidak mampuan juga kemiskinan rakyat.
2. Kenyataan daripada YAB TG Nik Abdul Aziz mengenai para reformis seperti binatang tidak beradap menyinggung kami para reformis yang amat menyanjung tinggi peribadi serta kepimpinan TG Nik Aziz. Kami para reformis belumpun lagi berbogel kami hanya menyatakan sikap kami bagi mewakili rakyat serta masyarakat yang berpendapatan rendah yang susah serta tertekan dalam mengharungi kehidupan di sebuah negeri maju. Tahukah YAB TG bahawa di Selangor Negeri Maju ini masih ada orang yang hidup dengan membina kediaman dengan mengorek tanah dengan membina gua untuk dijadikan kediamanya.
Tahukah TG rakyat Selangor ini masih ramai yang tidak mempunyai rumah yang sempurna dimana rumahnya sekadar ala pondok di kebun durian. Tahukah TG begitu ramai rakyat Selangor terpaksa menumpang di bawah-bawah talian elektrik untuk membina kediamanya, juga di tebing-tebing sungai. Juga Tahukah TG bahawa berapa ramai rakyat Selangor Negeri Maju ini yang rumahnya dirobohkan tanpa notis juga tanpa pampasan (yang terbaru di Kuala Selangor).
3. Kami para reformis tahu adap serta hukum agama sebab itulah kami nyatakan demostrasi simbok dengan berbogel untuk menyatakan bahawa rakyat Selangor tertekan dengan sikap serta cara kepimpinan YAB Tan Sri Khalid yang dalam pilihanraya menjanjikan sebuah negeri BERKEBAJIKAN tetapi setakat ini apa kebajikan yang didokong oleh kerajaan negeri. Kami juga inigin bertanya kepada YAB TG Nik Aziz adakah TG ada memberikan panduan kepada rakan sejawatnya YAB Tan Sri Khalid tentang tatacara mengurus serta mentadbir sebuah negeri berkebajikan sekurang-kurangnya ala Kelantan.
4.Kami sebagai rakyat terbanyak di bawah, tindakan kami walaupun sampai berbogel tidak memberi kesan banyak kepada kesejahteraan rakyat, tetapi sedikit tindakan ataupun tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap sesuatu isu oleh pemimpin lebih-lebih lagi Menteri Besar juga para Exco akan memberi kesan besar kepada rakyat. Apakah dengan menaikkan kadar sewa rumah tanpa kajian serta bancian yang sempurna merupakan satu ciri negeri BERKEBAJIKAN...
RAMALAN BIN ABU BAKAR
Presiden Reformis

1 comment
JUBUR kau la reformis...
kalau dah "ter"buat kenyataan "bangang" tu mengaku je la...
ni dah jadik macam orang UMNO/BN - flip flop.
puaka punya reformis... buat malu Pakatan Rakyat je..!
Post a Comment