adakah ini isteri yang kita cari?????
KUALA LUMPUR - "Saya tidak buang dia, tetapi ini soal kasih sayang. Bila sayang sudah hilang lebih baik kami berpisah."
Demikian pengakuan penyanyi Erema kepada Kosmo! mengenai permohonannya untuk bercerai dengan penulis lirik popular, Seri Bayu.
Erema, atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya awal November lalu dan kes pasangan ini akan dibicarakan pada 1 Disember ini.
Menurut Erema setelah hidup bersama sebagai suami isteri selama dua tahun, dia sudah tidak terdaya menanggung bebanan perasaan akibat sering tertekan.
"Badan saya sudah tidak mampu untuk menanggung segala penderitaan. Hanya di sini jodoh kami, saya harap Seri Bayu lepaskan saya cara baik di mahkamah nanti," kata penyanyi lagu Pelita Di Bawah Purnama ini.
Pasangan ini bernikah pada 19 Disember 2006 ketika Seri Bayu, atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 43, menderita sakit saraf.
Masalah kesihatan Seri Bayu berterusan sehingga hari ini dan dia hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda, selain tidak mampu bertutur dengan jelas.
Ketika ditanya kenapa mesti menuntut perceraian sedangkan dia sudah tahu keadaan Seri Bayu sewaktu membuat keputusan untuk berkahwin, menurut Erema ini kerana dia sudah tidak mampu untuk menjaga kebajikan suaminya itu dalam keadaan sekarang.
No comments
Post a Comment