syok dengar rosmah pergi peru melancong....
LIMA 21 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini turut melawat sebuah masjid kecil di perbandaran Magdalena di ibu kota Peru ini yang menjadi pusat kegiatan komuniti Islam negara ini.
Masjid itu yang dimiliki oleh Persatuan Islam Peru menjadi tempat kira-kira 1,000 penganut Islam di Lima mendekatkan diri mereka dengan acara-acara keagamaan dan pendidikan Islam di sebuah negara yang mempunyai penduduk beragama Kristian seramai hampir 28 juta orang.
Selain menunaikan solat Jumaat, Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada persatuan tersebut.
Beliau disambut oleh Presiden Persatuan Islam Peru, Damin Hussein Awad serta para pemimpin komuniti Islam di sini.
Persatuan itu yang berdaftar dengan Kementerian Kehakiman Peru merancang untuk menjual rumah banglo lama yang menjadi tapak masjid itu sekarang bagi mencari kawasan lain yang lebih luas dan sesuai.
Majoriti 1,000 penganut Islam di sini ialah orang Arab yang berhijrah ke Peru dari Asia Barat. Di seluruh Peru dianggarkan hanya terdapat 1,400 orang penganut Islam.
Salah seorang ahli jawatankuasa persatuan itu, Dr. Bass Bassiouny memberitahu, Islam baru tersebar ke Peru pada tahun 1928 apabila seorang lelaki Arab bernama Taleb Hamida berpindah ke Lima bersama keluarganya.
Sementara itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengiringi kunjungan Najib ke Lima akan mempunyai acara berasingan, termasuk sarapan pagi dengan isteri Presiden Peru, Pilar Nores de Garcia pada Sabtu serta dijadualkan mengunjungi tapak arkeologi Pachacamac yang merupakan tinggalan purba Peru keesokan harinya.
Rosmah juga dijadualkan melawat Pusat Kentang Antarabangsa di daerah La Molina dekat sini.
Spesies kentang yang ditanam di seluruh dunia sekarang dikatakan berasal dari Peru setelah dibawa ke Eropah oleh pedagang-pedagang Sepanyol kira-kira 500 tahun lalu.
buat balik buah tangan tau kak mah...
No comments
Post a Comment