Penjelasan 'Rojak' Tidak Akan Lenyap Persepsi Buruk Kepada Najib



ROJAK Baginda (Abdul Razak Baginda) telah tampil ke khayalak media hari ini. Setelah kesekian lama ditunggu bekas tertuduh bersubahat membunuh Altatuya itu akhirnya mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan media. Beliau ditemani dan didamping oleh peguamnya untuk mengadakan sidang akhbar khas.

Seperti mana dipetik antara apa yang dicurahkan dalam sidang akhabr sulungnya itu, Rojak menafikan yang Mohd Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor terlibat dengan Atantuya. Menurut Rojak Naijib dan Rosmah juga tidak kenal pun dengan Altantuya.
Bagi Rojak apa yang dilemparkan kepada Najib dan Rosmah itu adalah fitnah. Justeru beliau meminta supaya menghentikan fitnah itu. Kata Rojak pihak yang melemparkan fitnah itu tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan dengan Najib dan Rosmah.
Di sini kita tidak boleh mempertikaikan apakah kenyataan Rojak itu benar atau tidak. Bagaimana pun orang ramai berhak meragui akan kata-katanya. Persoalan timbul kerana kenapa Rojak terus menafikan pembabit Najib dan Rosmah dan seterusnya meminta menghentikan fitnah sebaik dibebaskan oleh mahkamah.
Tindakan ini menyebabkan orang akan mempunyai pandangan seorang kepada beliau termasuk akan menuduh pembebsan itu ada campurtangan Najib?
Lantaran itu rayuan Rojak tersebut tidak akan mudah diyakini. Seperti mana kata Rojak penuduh fitnah kepada Najib dan Rosmah itu tidak mengemukakan bukti kukuh mengenai fitnah itu, maka Rojak juga perlu mengemukakan bukti kukuh bagi menafikan penglibatan Najib.

Tuduhan ke atas Najib dan Rosmah berhubung pembunuhan itu perkara besar. Ia dibuat dalam akuan bersumpah. Perkara ini di peringkat perbicaraan. Jadi kenyataan dan juga rayuan Rojak itu sama sekali tidak boleh dipercayai. Perlu diingat orang bersalah seperti orang lemas akan mengguna dan mengambil kesempatan apa saja untuk menyelamatkan diri.

Untuk meleraikan ini elok bagi Rojak mencerita secaca detail kepada umum bagaimana penglibatan beliau dengan Altantuya dan kenapa sehingga wanita Mongolia itu dikaitkan dengan Najib. Apakah asas-asas dan kemungkin membawa kepada keadaan itu.

Kalau setakat menafikan secara kering begitu ia tidak akan menyelesaikan masalah. Persepsi umum bahawa Najib dan Rosmah terlibat tetap bersarang dalam minda orang ramai. Maka kalau Rojak yang yakin Najib boleh jadikan Perdana Menteri yang baik seperti mana katanya, silalah buat pendedahan secara kronologi sehingga segala tanggapan buruk itu terhakis dalam kepala rakyat.mso

No comments

Powered by Blogger.