tajol atau tolol?

“BN akan berkuasa semula di Perak dalam tempoh beberapa bulan lagi tanpa perlu menunggu pilihan raya umum akan datang berdasarkan beberapa perkembangan dan faktor semasa .”

Demikian ayat Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian seluruh Perak dan pegawai-pegawai KEMAS negeri itu hari Ahad, 6 April lalu di Sungai Siput. Lihat di sini

Dan pada awal bulan Ogos lalu, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dengan angkuhnya begitu yakin bahawa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu akan jatuh menjelang sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti.

Tajol Rosli ada menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS jika bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dengan BN. Nizar merupakan wakil PAS dan dilantik sebagai Menteri Besar.

Turut ditawarkan ialah tiga ataupun empat jawatan Exco kepada parti tersebut.

Tetapi, apabila tidak mendapat riaksi positif daripada PAS dan gara-gara tidak dapat menerima hakikat tercundangnya BN kepada Pakatan Rakyat, Tajol dengan dendam kesumatnya, umpama seorang bomoh yang membela hantu pelesit; mula mengatur perancangan jahat. Tajol begitu optimis sekali dengan perancangan dan strateji jahat nya itu hingga ada laporan yang menyebutkan:

Tajol Rosli mengharapkan lebih daripada dua
ADUN Pakatan Rakyat akan menyertai BN.

Tup-tup, pada 20 Ogos 2008,maka kita digegarkan oleh berita :

2 Exco Perak ditahan reman bagi membantu
siasatan kes rasuah seks dan RM180 juta!


Rupa-rupanya begitu mainan kotor dan strateji keji yang di atur oleh Tajol Rosli untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Perak? Komplot yang begitu rapi diatur tetapi masih gagal menepati sasarannya.Allah masih belum mahu mengizinkan perkara keji tersebut berlaku.Inilah yang buat Tajol frust nunggeng terguling-guling!

Dan apabila tangan-tangan mula menuding jari kearahnya , maka kelamkabut pula kini dia cuba melindungkan diri di sebalik duit sekupang yang sekeping; menagih simpati agar MB dan Exco Ngeh memohon maaf daripadanya.

Ketahuilah wahai Tajol, rakyat Perak tidak akan memaafkan kamu diatas segala kerja keji kamu selama menerajui negeri Perak ini selagi kamu tidak benar-benar bertaubat.Jauh sekali bagi kami nak mohon maaf daripada mu kerana tiada apa kesalahan kami.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru – Pakatan Rakyat - selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu. Pakatan Rakyat turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi.

No comments

Powered by Blogger.