ulamak kata islam hadhari sesat tapi obama kata islam hadhari benar....sapa yang betul,ulamak atau obama??
Bakal Presiden Amerika Syarikat jadikan Malaysia model negara Islam
KUALA LUMPUR: Barack Obama, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka memilih Malaysia sebagai model negara Islam berikutan tertarik dengan pendekatan kesederhanaan dalam beragama atau Islam Hadhari diamalkan negara ini.
Stuart E Eizenstat, bekas Timbalan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran bekas Presiden Bill Clinton, berkata usaha itu akan diambil gandingan pentadbiran baru AS yang bakal diterajui Obama dan Naib Presidennya, Joseph Biden sebagai langkah memperbaiki hubungan AS dan negara Islam.
Eizenstat yang juga individu berpengaruh dalam politik AS dan dijangka dilantik sebagai antara Penasihat Kanan pentadbiran Obama berkata, beliau yakin pentadbiran baru AS mampu membawa perubahan positif terhadap polisi luarnya terutama hubungan dengan negara Islam.
"Obama pada kempen pilihan raya Presiden beberapa kali menekankan AS perlu menjalinkan hubungan lebih baik dengan negara Islam.
"Beliau percaya AS perlu menggunakan pendekatan lebih lembut dan berdiplomasi supaya tidak mengguris perasaan umat Islam.
hehe...sejak bila obama ni tahu bab-bab islam ni.....siap tahu islam hadhari betul....hangpa ikut islam acuan obama memang la dia setuju pak lah oi...cuba hang buat islam sebenar....aku rasa bukan setakat ikhtraf....mungkin hala peluru terus la.....
No comments
Post a Comment