aku nak balik duit aku!


Tuntut pulangan wang pelaburan RM3.2 juta

LOS ANGELES: Aktor terkenal Hollywood, Bruce Willis menyaman syarikat Malaysia, Kumpulan Petra dan Pengerusinya, Tunku Imran Tuanku Ja'afar kerana tidak menerima bayaran AS$900,000 (RM3.2 juta) terhadap pelaburannya sebanyak AS$2 juta (RM7.2 juta) untuk menghasilkan produk getah yang mesra alam.

Pelakon popular menerusi filem Die Hard itu memfailkan samannya di sebuah mahkamah di Los Angeles, California, lapor agensi Bloomberg News, semalam.

Menerusi dokumen saman antara Willis dengan Elastomer Technologies � syarikat perkongsian itu, Willis mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Petra, Datuk Vinod B Sekhar dan Tunku Imran mempelawa aktor berkenaan melabur dalam syarikat yang mengusahakan tayar tidak bertoksik dan boleh dikitar semula.

Beliau menuntut wangnya sebanyak AS$900,000 (RM3.2 juta) dikembalikan kepadanya.

Willis mendakwa, syarikat Petra dan pegawai kanannya melanggar perjanjian kontrak dan bertindak tidak adil terhadapnya.

No comments

Powered by Blogger.