Wajibkan Menteri Ambil PTK……baru mereka berpeluh

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang diwajibkan bagi semua kakitangan awam dinegara ini akan tetap diteruskan walaupun Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengugut untuk memboikotnya. Begitulah tegasnya Kerajaan walaupun menyedari bahawa ianya memberikan tekanan kepada kakitangan awam.

PTK menjadi syarat wajib untuk kenaikkan pangkat atau anjakan gaji bagi kakitangan awam dari Gred 1 hingga Gred 54. Bagi Gred yang lebih tinggi dari itu seperti JUSA, tiada peperiksaan dikenakan. Tetapi setiap anggota yang berpangkat JUSA sememangnya telah melalui PTK ketika mereka menjawat jawatan rendah sebelum itu.

Menariknya PTK langsung tidak pernah dipraktikan kepada Menteri dan Timbalan Menteri bagi menguji tahap pengetahuan mereka tentang sisitem pentadbiran Kerajaan dan dasar-dasar negara.

Aneh bukan. Mereka memaksakan PTK dilaksanakan bagi kakitangan kecil tetapi mereka sendiri tidak pernah terfikir untuk meletakkan diri mereka dalam dewan peperiksaan bagi menjawab soalan PTK.

Mereka juga gagal menyelami perasaan dan tekanan kakitangan Kerajaan yang berpangkat rendah. Anggota ini bukan sahaja perlu bekerja tetapi dalam masa yang sama perlu hadiri peperiksaan jika mahu naik pangkat.

Ramai kakitangan yang menunjukkan prestasi yang baik dalam laporan tahunan tapi kerana mereka gagal PTK mereka tiada peluang naik pangkat.

Yang peliknya PTK kadangkala mengemukakan soalan-soalan yang tiada kaitan dengan skop tugas kakitangan berkenaan. Ini berlaku kerana peperiksaan dibuat dengan mencampurkan semua bidang dan soalan dibuat adalah rambang. Kadangkala ianya sukar difahami oleh kakitangan yang tidak mengkhususkan diri mereka dalam bidang yang ditanya.

Anggota yang bekerja di Kementerian Luar Negeri bila pergi PTK kadang kala ditanya tentang soalan yang melibatkan prosedur perjawatan, politik dan juga undang-undang yang mana ianya tiada kena mengena dengan bidang tugas mereka.

Ini akhirnya menyusahkan mereka.

Seandainya para Menteri merasakan PTK ini harus diteruskan maka sewajarnya mereka juga menyertainya bagi menilai sejauh mana mereka memahami tugas mereka sebagai menteri yang juga boleh dikira sebagai Penjawat Awam.

Bayangkan Dollah dan Najib duduk sebelah menyebelah ambil PTK, pasti menarik. Mampukah mereka melepasi tahap 4 untuk melayakkan mereka dinaikkan gaji atau imbuhan atau sekurang-kurangnya tahap 3 untuk disahkan jawatan sebagai Menteri.

Seandainya itu yang berlaku, maka Cuepacs pasti akan diamkan diri, bungkam dan tidak tahu nak kata apa lagi.

Walau apa pun, diyakini pasti Dollah dan Najib menolak cabaran ini memandangkan otak mereka tidak mampu untuk melayani PTK ini. Kalau mereka ambik pun, pastilah pemeriksa kertas itu terketar-ketar kerana semasa memeriksa kertas itu dia akan diapit oleh bodyguard atau SB Dollah dan Najib yang mahukan mereka diluluskan walaupun sekadar menghantar kertas KOSONG!

Jadi Cuepacs perlu buktikan keseriusan mereka. Jika mahu boikot, buat betul-betul. Jangan main acah-acah sahaja.

No comments

Powered by Blogger.