ada orang nak tangkap ayah pin




KUALA TERENGGANU – Ketika polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang berkira-kira untuk menangkap Ayah Pin (gambar), seorang bekas pensyarah dari sebuah universiti di Indonesia sedia menghulurkan bantuan.

Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah yang mengikuti perkembangan isu pemimpin ‘Kerajaan Langit’ itu mendakwa, usaha menangkap Ayah Pin perlu dilakukan dengan menggunakan elemen spiritual atau ilmu ghaib.

Bekas pensyarah di Universitas Pembinaan Masyarakat Indonesia di Medan itu berkata, semua pihak tidak boleh menafikan perkara itu dan dia sanggup menggunakan kepakarannya untuk tujuan berkenaan.

“Saya percaya pihak berkuasa mempunyai perancangan mereka, tetapi saya berpendapat langkah menangkap bukan sekadar perlukan usaha fizikal, malah lebih daripada itu.

“Jadi saya sedia tampil untuk membantu menangkap Ayah Pin supaya kegiatan menyesatkan umat Islam boleh dibanteras sepenuhnya,” katanya ketika menghubungi Kosmo! semalam.

No comments

Powered by Blogger.