AHLI PARLIMEN BN TUNTUT ELAUN KERAIAN BERJUTA RINGGIT-MALAYSIAKINI




Berita TV 9 sebentar tadi mendedahkan dengan data dan maklumat yang lengkap terdapat 10 orang ahli parlimen BN yang membuat tuntutan elaun keraian sehingga mencecah jutaan ringgit seorang.

Satu siasatan perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan tuntutan yang dibuat.

Walaupun tuntutan yang dibuat mungkin mengikut prosedur dan kelayakan tetapi jumlah tuntutan yang dibuat adalah keterlaluan dan melampau pada saat rakyat disuruh berjimat cermat kesan kegawatan ekonomi. Di antara tuntutan adalah berkaitan dengan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini.

Dalam hal ini, pemimpin BN ini kena mencontohi pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat yang mengambil pendekatan berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Terutama kepimpinan YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mengambil walaupun sesen elaun keraian dan elaun rumah yang layak diperolehi sepanjang 18 tahun menerajui Kelantan sebaliknya duit elaun tersebut diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Majlis rumah terbuka atau majlis lain yang diadakan di rumah beliau di Pulau Melaka semuanya menggunakan duit poket sendiri tanpa membazirkan wang rakyat. berbeza dengan pemimpin BN yang mengadakan majlis rumah terbuka secara besar-besaran dan mewah dengan menu pelbagai aneka dan rasa daripada duit dan air mata rakyat.

No comments

Powered by Blogger.