Terengganu: RM14 juta Tidak Dapat Di manafaatkan Untuk Rakyat - Malaysiakini


Akibat Sikap Tergesa-gesa. RM14 juta Tidak Dapat Di manafaatkan Untuk Rakyat

Kuala Terengganu – Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali Ketiga Penggal Ke Dua Belas akan diadakan pada 14 hingga 18 Disember depan.

Sidang kali ini, yang berlangsung selepas pembentangan Bajet 2009 di parlimen, pada kebiasaannya akan membahaskan Bajet 2009 bagi peringkat negeri Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dijangka akan membentangkan Bajet pertama beliau selepas dilantik ke jawatan tersebut pada Mac lalu.

Pada tahun lalu, Bajet 2008 dibentang bagi negeri Terengganu di bentang oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Bajet yang diberi tema ‘kecaknaan’ yang dibentang Idris tidak mencapai maksud kerana beberapa kepitusan yang dibuat adalah tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam

Idris telah mencadangkan RM 14 juta juta diperuntukkan untuk meningkatkan taraf pengangkutan Awam di negeri ini.

Pada masa sama juga sebuah anak syarikat telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

“Syarikat ini akan bertindak sebagai pengendali kepada perkhidmatan bas Bandar dan bas antara daerah. Ia diberi nama ”Cas Ligas”.”

“Nama ”Cas Ligas” dipilih bagi menggambarkan dinamisma dan semangat orang Terengganu. ”Cas Ligas” – mesra, dinamik, efisien.”kata Idris dengan bangga.

Namun begitu, Menteri Besar Dato’ Ahmad Said, yang juga Exco kerajaan penggal lalu, telah menolak untuk melaksanakan keputusan Bajet 2008.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri akan mengkaji semula cadangan awal bagi mewujudkan satu sistem perkhidmatan bas di negeri ini yang bakal dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri memandangkan timbul beberapa masalah atau implikasi mengenai perancangan berkenaan.

Beliau berkata pihaknya perlu mengadakan kajian semula mengenai perkara itu memandangkan timbul bantahan daripada pengusaha-pengusaha bas sedia ada yang khuatir pendapatan mereka terjejas serta beberapa faktor lain.

“Kerajaan negeri berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya cadangan awal perkhidmatan bas itu diteruskan kerana kita perlu mewujudkan laluan baru bagi tujuan terbabit. Hal ini kerana risiko tidak mempunyai ramai penumpang di laluan baru perlu diambil kira tambahan pula kebiasaannya penumpang bas ini bermusim.

“Kita telah menerima 20 buah bas baru-baru ini untuk perkhidmatan pengangkutan awam dari daerah ke daerah dan enam buah bas lagi bagi perkhidmatan dalam bandar yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta,” katanya

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu bahawa daripada jumlah bas yang dinyatakan tersebut, kerajaan negeri bercadang untuk menyerahkan bas-bas berkenaan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukannya.

Sementara itu, dua daripada enam bas perkhidmatan dalam Bandar ‘yang pelik’ yang diperuntukkan dijangka diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk digunakan bagi tujuan membawa pengunjung yang ingin melawat Mini Zoo di daerah tersebut.

Pada Oktober lalu, penipuan tentang perkhidmatan dalam Bandar ‘yang pelik’ yang diberi nama ‘Cas Ligas’ telah terbongkar.

Kerajaan negeri sebelum itu dianggap bermurah hati telah memberikan khidmat percuma kepada rakyat yang menggunakan khidmat bas bandaraya Kuala Terengganu.

Padahal sebenarnya rekabentuk ’Bas Bandar yang ‘pelik’, dilancarkan pada 27 Ogos tahun lalu tidak diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)

Kerajaan Terengganu kini tidak dapat pulangan dari pelaburan yang menggunakan RM3.4 juta wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan ‘idea gila’ bekas Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh.

Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mazlan menyatakan kegagalan memperolehi permit dari LPKP menyebabkan bas tersebut menjadi liabiliti.

Akhirnya hanya dua buah bas yang dibeli dengan harga RM430,000 sebuah, bergerak mengelilingi Kuala Terengganu, sementara baki enam buah lagi, akan diserahkan dua daripadanya kepada Majlis Perbandaran Kemaman.

Akibat sikap tergesa-gesa kerajaan negeri telah meluluskan RM14 juta wang rakyat yang kini tidak dapat dinikmati kerana gagal meningkatkan taraf pengangkutan.

Jumlah tersebut tidak termasuk peruntukan sebanyak RM 2 juta untuk membina dan menyiap terminal pengangkutan awam di Kuala Berang dan RM 0.6 juta untuk premis perniagaan dan Perhentian Bas dan teksi di Permaisuri.

Terimal dan hentian bas cantik, tetapi basnya tidak ada. Yang ada bas-bas buruk seperti dahulu kala! - buletinonline

No comments

Powered by Blogger.