Ronnie Liu mengaku tidak bersalah


PETALING JAYA: Exco Selangor, Ronnie Liu, pagi ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), tahun lalu.

Beliau meminta dibicarakan terhadap tuduhan berkenaan.

Beliau ditahan Rabu lalu di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Ronnie didakwa kerana menghalang tugas penguatkuasa MPSJ bagi mengambil tindakan ke atas sebuah hotel yang dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral di Puchong, tahun lalu.

No comments

Powered by Blogger.