kelantan meneraju satu lagi perubahan


KOTA BHARU 17 Nov. - Kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi mengikut saiz yang ditetapkan dengan ejaan yang betul di semua papan tanda mulai tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan salah satu langkah memperkasakan tulisan itu melalui peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Buat permulaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) diminta berbincang dengan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menetapkan saiz yang sesuai dan setiap yang dihasilkan, mesti dirujuk kepada MPKB-BRI sebelum mengesahkan ia dibenarkan atau sebaliknya.

"Tulisan di papan tanda baru tidak harus dibuat dengan saiz yang begitu kecil, ejaan yang salah, malah terlindung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Tulisan Jawi yang diadakan di sini hari ini.

Bengkel sehari itu dianjurkan oleh MPKB dengan kerjasama Perpustakaan Malaysia, serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments

Powered by Blogger.