apabila wanita hanya berpakaian dalam


ramai orang jadi malu tau...hahaha....korang baca komen kat bawah...malu...malu....aku malu....semua berbalah pasal nak jawatan dan wang haram....tak kira wanita, pemuda, puteri,kepala bapak yang kat atas pun dok balun duit rakyat....rakyat kat bawah dok menterita...ni la pemimpin berjiwa rakyat kan...panggggg....sebijik kat muka


KUALA LUMPUR: Kemelut pelan peralihan kuasa Wanita Umno yang berlarutan hingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan untuk menyelesaikannya disifatkan sebagai situasi yang amat dikesali dan memalukan.

Veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani yang kecewa dengan senario politik pergerakan itu menyifatkan ia makin teruk berikutan sikap degil, ego dan terlalu mementingkan diri di kalangan pemimpin Wanita Umno.

Malah, beliau yang juga bekas Ketua Wanita Umno, berkata sebagai pergerakan yang berusia 59 tahun, seharusnya setiap masalah yang dihadapi diatasi di peringkat dalaman bukan hingga memaksa pemimpin tertinggi parti campur tangan bagi menanganinya.

“Teguran ini walaupun pedas, ia pandangan ikhlas untuk kebaikan parti terutama Wanita Umno kerana saya sayang semuanya. Malah, antara Rafidah (Tan Sri Rafidah Aziz) atau Shahrizat (Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), kedua-duanya saya sayang.

“Dulu keadaan seperti ini tidak pernah berlaku kerana pemimpin dulu lebih mengutamakan kehendak ramai, selain mengikut perubahan semasa dan kemelut yang melanda Wanita Umno ini boleh selesai jika perubahan yang dilakukan pada peringkat Umno induk diselaraskan di peringkat Wanita Umno,” katanya semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri memutuskan menemui pemimpin Wanita Umno bagi membantu menyelesaikan isu kepemimpinan pergerakan itu kerana tidak mahu pemilihan membawa kepada masalah, pergaduhan, pergeseran kerana akan menyebabkan Wanita menjadi lemah.

Abdullah berkata, pada mulanya beliau berharap Wanita Umno dapat menyelesaikan sendiri masalah peralihan kuasa dalam pergerakan berkenaan, tetapi kemelut itu terus berlarutan tanpa sebarang tanda akan reda.

Aishah juga kesal kerana pergolakan dalam pergerakan itu menimbulkan banyak cakap-cakap di kalangan masyarakat semua peringkat bagaikan satu sandiwara politik yang ditontoni ramai pihak.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata nasihat serta kepemimpinan Perdana Menteri untuk membantu menyelesaikan konflik Wanita perlu dihormati.

“Semua pihak perlu memastikan tindakan diambil tidak menghalang proses penyatuan dan merapatkan barisan ahli dan pemimpin parti Mac depan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah terbaik menyelesaikan kemelut pergerakan itu ialah menyerahkan kepada perwakilan pada Perhimpunan Agung Wanita untuk menentukan pemimpin yang layak.

Katanya, walaupun pelan peralihan kuasa diputuskan dalam mesyuarat Exco Wanita sebelum ini kekal pada Jun 2009, sebanyak 73 pencalonan yang diterima Shahrizat tidak sewajarnya diketepikan.

No comments

Powered by Blogger.