mukhriz tolak..khir tolol tolak...khairy apa citer?


KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan pendirian tidak mahu menyandang jawatan dalam Kabinet jika terpilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan, seorang lagi calon jawatan itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut menyatakan pendirian sama.

Bekas Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan Pemuda dapat menjadi kumpulan pendesak yang berani mengemukakan sebarang hujah demi kebaikan parti dan negara.

"Hasrat ini sudah diluahkan kepada rakan sejak tiga bulan lalu lagi. Saya cakap Pemuda perlu lebih berani dalam apa juga perkara kerana itu sebenarnya yang akar umbi mahukan.

"Saya rasakan kalau menerima jawatan dalam Kabinet, tugas sebagai Ketua Pemuda terhad kerana banyak halangan yang boleh menjejaskan pergerakan itu," katanya semalam.

Kelmarin, Mukhriz menegaskan beliau tidak berminat untuk menyandang jawatan dalam Kabinet jika terpilih sebagai Ketua Pemuda pada pemilihan Mac tahun depan.

Katanya, keputusan itu diambil kerana mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.

Sementara itu, Dr Mohamad Khir berkata, Lembaga Disiplin Umno perlu menyiasat dengan teliti jika benar ada calon bertanding merebut jawatan itu terbabit politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

"Sehingga Mac macam-macam lagi yang akan kita dengar. Walau apapun kita tengok macam mana keadaannya nanti.

"Kalau betul ada yang buat salah elok pihak terbabit (Lembaga Disiplin Umno) siasat kesahihannya kerana kita tidak mahu perkara ini terus menjejaskan parti," katanya mengulas dakwaan Mukhriz ada mendengar calon Ketua Pemuda mengamalkan politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

hang cakap elok-elok....satg bila menang hang p cakap onar kot lain siap la hang khir...hang p cakap terpaksa terima la...mukhriz pun sama...tunggu khairy kata apa hahahaha...

No comments

Powered by Blogger.