Politik Umno celarukan Presiden Peguam Muslim……Pas lebih baik untuk Melayu!


Mengata dulang paku serpih, mengata orang dialah yang lebih…..begitulah sikap Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tan Sri Abu Zahar Ujang yang ingin menonjolkan diri beliau sebagai tokoh peguam Melayu yang pro-Umno.

Saranan beliau agar Majlis Peguam Malaysia dibubarkan jika badan itu terus mempersoalkan hak-hak pribumi di negara ini begitu tajam dan sinis. Ianya satu pandangan yang menarik tetapi dalam masa yang sama Zahar juga menunjukkan tembelang politiknya dengan menyatakan ungkapan berikut;

Beliau juga meminta semua peguam Melayu di negara ini supaya bersatu dalam menangani isu bangsa mereka yang berada dalam keadaan “amat tertekan sekali” ketika ini.

Katanya, isu berhubung hak-hak keistimewaan orang Melayu sering dibangkitkan lebih-lebih lagi selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas dan “saya tidak sanggup lagi menghadapi situasi seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.”

Kenyataan ini tampak biasa bagi orang Melayu, namun hakikatnya ia telah menyeberangi wilayah Politik yang mana setiap warga dinegara ini tidak boleh lari dari berbicara soal politik atau menunjukkan belang politiknya.

Oleh itu, siapa sebenarnya harus bubar atau berundur untuk fokus pada politik.

Orang Melayu sememangnya jadi mangsa politik. Tapi politik yang bagaimana? adakah salah jika politik Pas mengajak orang Melayu untuk menjadi lebih baik dan berhidup atas nama cinta pada Allah dan berbakti kerana Allah.

Walhal Politik Umno yang kononnya berinspirasikan semangat Melayu sebenarnya hanyalah satu dendangan tin kosong yang penuh dengan kepinginan peribadi, rasuah, skandal dan juga pelbagai rencah noda dan dosa kalangan pimpinannya. Layakkah Umno untuk bersuara buat umat Melayu yang 99.99 peratus Islam di Malaysia ini. Dimana akidahnya dicampakkan?

Memang sukar untuk dimengertikan kenapa Zahar tiba-tiba sahaja memberontak terhadap Majlis Peguam. Urusan peguam kononnya adalah bicara bijak pandai, tapi bila sampai kemelut politik dan perkauman, nampak ada juga selar-selar kecelaruannya.

Ya! semua orang bebas cabar mencabar, tanya bertanya dan berjuang untuk kaum masing-masing. Namun disana ada silibus hormat yang harus dinoktahkan pada adab berpolitik atau berjuang.

Tidak dinafikan bahawa hak orang Melayu adalah sesuatu yang wajar dihormati, namun itu tidak bisa menghalang sebarang pertanyaan atau kemusykilan akal yang sentiasa ligat berfikir.

Oleh itu pemimpin Melayu harus bijak untuk memperjelaskan ketidakfahaman itu agar tidak terus mendewasa dalam keadaan celaru. Kita tiada konsensus hitam putih yang jelas dengan deskripsi khusus buat hak istimewa orang melayu dalam banyak hal yang disentuh. Apa yang diketahui adalah dalam peruntukkan momento dalam sektor agama, tanah dan juga adat yang mana ia juga masih longgar tafsirannya.

Maka selayaknya pemimpin Melayu berkumpul bagi mengukuhkah premis Melayu yang kian serik dipolemikkan.

Tidak perlulah melatah dan meraung bagai anak dara kematian laki hingga lupa bahawa hidup ini masih panjang dan banyak lagi yang harus diperjuangkan. Perjalanan bangsa Melayu masih panjang dan menuntut segala macam penafsiran agar ianya dalam diasimilasikan sesuai dengan kehendak zaman.

Kita bertempur soal hak dan keistimewaan, walhal diluar sana anak-anak melayu sudah hilang kewarasan hinggan adat dan budaya asing dipakaikan pada diri setiap hari. Malah kalangan kerabat pemimpin Umno juga sudah ramai yang merah rambutnya, berjulur bulu kakinya dengan squarepantsnya…..sama sahaja dengan SpongeBob Squarepants.

Anak-anak Melayu gila menjadi artis, hingga lupa akan matlamat akhiratnya.

Masa depan bangsa Melayu adalah ditangan mereka namun, mampukah Zahar memanggil mereka semula ke pangkuan ibunda bangsanya dengan meminta membubarkan Majlis Peguam.

Maka eloklah direnung ke dalam diri, berjuang dan berjuang…..bukan sekadar kerana politik peribadi atau periuk nasi. Kita berjuang untuk survival anak bangsa, bukan untuk hari ini atau esok sahaja….tapi untuk hari akhirat mereka.

Maka Zahar, jika ingin berpolitik pun tidak apa. Tapi janganlah sampai terus menerus memalukan orang Melayu dengan pemikiran sempit yang tidak sejajar dengan tuntutan semasa.

Pas hadir memberikan peluang untuk kembali kenal Melayu, bukannya Umno yang sudah jauh menjadi Dungu!

No comments

Powered by Blogger.