mungkin khairy terlalu awal mendabik dada
Myanmar tebus kecewa belasah skuad negara 4-1
BELUM sampai sebulan skuad bola sepak negara membelasah Myanmar 4-0 pada Pestabola Merdeka edisi ke-40 Oktober lalu, semalam anak buah B. Sathianathan pula yang menjadi mangsa.
Pada aksi separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal di Yangon itu, skuad negara tumbang 1-4 kepada tuan rumah yang menurunkan skuad yang sama ketika menyertai Pestabola Merdeka bulan lalu.
Kali ini, konsistensi pemain negara mula menjadi tanda tanya ketika peminat bola sepak tempatan sudah pun menarik nafas lega dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan di gelanggang sendiri dalam kempen Pestabola Merdeka yang lalu.
Begitupun, Sathianathan tetap melihat kekalahan pemainnya di hadapan lebih 30,000 peminat Myanmar itu dalam nada positif kerana baginya inilah tujuan utama mengapa beliau menghantar anak buahnya menyertai kejohanan di Yangon itu yang dianggap sebagai persiapan menghadapi kempen Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Bangkok, Disember depan.
"Saya lega kerana kita menyertai kejohanan ini sebelum ke Piala AFF kerana ia boleh membantu saya mengenal pasti beberapa kelemahan yang ada pada pemain kita," kata Sathia kepada Kosmo! semalam.
"Kita harus berfikiran positif dari- pada kekalahan ini dan kelemahan ketara yang dapat saya lihat daripada pemain negara mungkin dapat diperbaiki sebelum kita ke Bangkok bulan depan.
"Bagi saya, tidak perlu kita perbesarkan kekalahan ini kerana tujuan utama kita ke sini ialah merasai suasana kejohanan dengan bermain di luar Malaysia dan saya rasa pemain telah pun menggunakannya peluang ini dengan baik," katanya lagi.
Selepas ketinggalan 0-2 pada babak pertama, skuad negara bangkit merapatkan jurang 1-2 menerusi jaringan Mohd. Amirulhadi Zainal.
Namun, keasyikan pemain negara melancarkan serangan bertali arus untuk mencari gol penyamaan akhirnya dihukum oleh dua lagi gol pasukan Myanmar.
Menurut Sathia, kekurangan disiplin di kalangan pemain menjadi punca utama kekalahan besar anak buahnya itu kepada Myanmar.
"Ketika kita ketinggalan 1-2, pemain kita melakukan serangan dan tidak memberi tumpuan kepada bahagian pertahanan.
"Mereka jelas sekali tidak berdisiplin dalam permainan kerana terlalu terburu-buru mencari gol penyamaan sekali gus membuka ruang di bahagian pertahanan buat pasukan Myanmar melakukan serangan balas.
"Dua jaringan Myanmar itu akhir- nya memusnahkan semangat pemain kita. Jadi saya rasa disiplin pemain menjadi punca utama kekalahan kami hari ini (semalam)," kata Sathia lagi.
Selepas ini, skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Singapura pada 29 November ini.
No comments
Post a Comment