SINAR HARIAN DIBERI AMARAN?


Apa perbezaan antara keempat-empat muka hadapan Sinar Harian ini?
Mudah sahaja. Kecuali muka hadapan semalam yang bertajuk "Tambang bas tetap naik", hampir setiap hari Sinar Harian memaparkan berita politik di muka hadapannya.

Tetapi tidak semalam. Akhbar tersebut memaparkan isu tambang bas di muka hadapannya.





Apa yang berlaku? Ada desas-desus mengatakan akhbar tersebut telah menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri mengenai kandungan berita muka hadapan akhbar tersebut yang lebih menyebelahi pembangkang.
Untuk menyelamatkan akhbar tersebut, khabarnya, pengurusan Sinar Harian mengambil keputusan memberhentikan amalan menyiarkan berita politik di muka hadapannya.
Tuanpunya Sinar Harian, Hishamuddin Yaacub, pasti terkenang nasib akhbarnya dahulu Watan yang diharamkan oleh Kerajaan pada tahun 1987 semasa operasi lalang. Turut digantung ialah akhbar The Star dan Sin Chew Jit Poh.
Konsep Sinar Harian hampir sama dengan Watan di bawah Hishamuddin. Watan amat berjaya sehinggalah ianya diharamkan.
Kalau benar khabar angin mengenai Sinar Harian, maka tiada bezanya antara tahun 1987 and 2008. Kalau Watan diharamkan, tidak mustahil Sinar Harian menghadapi nasib yang sama. Akhbarnya lain tetapi mangsanya sama iaitu Hishamuddin.

No comments

Powered by Blogger.