KENAPA ZAKI TIDAK MAHU MENGGUNAKAN HUKUM ISLAM SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN?


PUTRAJAYA 18 Nov (Bernama) — Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau akan berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung konflik berkaitan undang-undang sivil dan syariah supaya tidak wujud salah faham antara kedua-duanya.

Katanya, jalan penyelesaian perlu dicari kerana pada masa akan datang banyak lagi kes berkaitan undang-undang syariah dijangka didengar di mahkamah sivil.

Berucap merasmikan satu seminar antarabangsa mengenai undang-undang perbandingan anjuran Universiti Sains Islam Malaysia di sini hari ini, Zaki memetik satu kes yang didengar oleh Mahkamah Persekutuan dua bulan lepas mengenai enakmen Jenayah Syariah Negeri yang dihujahkan oleh peguam sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pendakwaan mengikut enakmen Syariah Terengganu terhadap Sulaiman Takrib, anggota kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang mencabar pendakwaan ke atasnya, merupakan undang-undang yang sah.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang bersara wajib bulan lepas dalam penghakimannya mendapati bahawa badan perundangan negeri boleh menggubal undang-undang kesalahan dan hukuman bagi kesalahan terhadap orang yang mengaku beragama Islam dan bagi kesalahan tidak mengikut ajaran Islam.

Sulaiman, 59, telah mencabar kesahihan daripada segi perlembagaan Seksyen 10 dan 14 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Penalti Budi Bicara) (Terengganu) 2001 dan Seksyen 51 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001

No comments

Powered by Blogger.