BILA HARTA KERAJAAN DIJADIKAN MILIK UMNO-MALAYSIAKINI
'Demontrasi' membantah tindakan MPAJ menutup dewan miliknya yang dijadikan bilik gerakan Umno selama ini
Bukan isu baru, premis yang dibina dengan menggunakan duit rakyat dan duit negara dijadikan bilik gerakan parti politik. Ini yang berlaku kepada komponen BN seperti Umno,MCA dan MIC.
Mereka tidak dapat membezakan di antara milik kerajaan dan milik parti politik.Terbaru tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang memberi notis dan menutup Dewan Komuniti di Taman Dagang yang selama ini dijadikan pejabat dan bilik gerakan Umno Bahagian Pandan merupakan satu tindakan bijak dan tepat.
Mereka perlu menyedari dan memahami dewan atau mana-mana premis yang dibina oleh kerajaan adalah milik kerajaan dan bukan milik mutlak mana-mana parti politik.
Contohilah kerajaan Pakatan Rakyat terutama kepada kerajaan di bawah Pas Kelantan yang telah 18 tahun menerajui negeri itu. Sila tunjukkan mana-mana bangunan kerajaan dijadikan premis atau markas Pas?
Semua pejabat dan markas Pas yang dibina adalah hasil titik peluh dan sumbangan derma dari ahli parti, penyokong dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan Pas.
Senario 'memilik Umnokan' bangunan milik kerajaan terus berluasa di negeri yang masih diterajui oleh Umno dan BN.Tindakan mereka menyebabkan orang ramai menghadapi kesukaran menggunakan kemudahan yang disediakan. Setiap kelulusan menggunakan premis kerajaan perlu mendapat kebenaran dari pemimpin Umno setempat.Sikap dan tindakan ini seperti menggambarkan hanya orang Umno sahaja menjadi pembayar cukai di negara ini
No comments
Post a Comment