Krisis kewangan dunia bukti hanya Islam agama benar

 Sistem kewangan dan ekonomi dunia yang antara lainnya berteraskan riba (perbankan) serta unsur perjudian (stock markets) dan juga telah digubal oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat untuk menindas negara-negara yang lain kini terumbang ambing menghadapi krisis serta kegawatan yang masih belum dapat diduga apakah padah sebenarnya nanti.

Bagi saya adalah jelas Allah SWT sedang memerangi riba dan perjudian serta memerangi Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang selama ini menindas negara-negara yang lain.



Bagi saya adalah jelas krisis kewangan dan kegawatan ekonomi yang bermula di Amerika Syarikat, bapak dajjal, dan telah menular ke seluruh dunia adalah balasan Allah SWT terhadap Amerika Syarikat yang telah memerangi Islam atas nama memerangi terorisma. Ianya juga balasan kepada negara-negara di dunia ini yang rata-rata samada hanya berdiam diri atau menyokong Amerika Syarikat secara aktif dalam memerangi Islam. Islam mengharamkan riba dan perjudian, maka krisis kewangan dan kegawatan ekonomi dunia sekarang ini jelas membuktikan hanya Islam itu agama yang benar. Yes, only Islam is the true religion.

Sejak perang dunia kedua, sistem ekonomi dan kewangan dunia yang digubal dan dikawal selia oleh Amerika Syarikat dan negara-negara Barat telah memastikan supaya kebanyakan negara-negara lain di dunia ini akan menjadi hamba kepada Amerika Syarikat dan Barat. Pengeluaran ekonomi negara-negara membangun diletak harga yang murah oleh Amerika Syarikat dan Barat, sebaliknya pula negara-negara membangun terpaksa membayar harga yang tinggi bagi barangan pengeluaran dari Amerika Syarikat dan Barat.

Keadaan sememangnya sudah banyak berubah, dan sekarang ini sudah wujud negara-negara dari kalangan dunia ketiga yang semakin kukuh ekonomi mereka dan berkeupayaan untuk mendesak supaya diubah keadaan ketidak adilan yang diamalkan oleh Amerika Syarikat dan Barat.

Negara-negara ini terdiri dari Brazil, Russia, India dan China dan mereka berkerjasama sebagai kumpulan BRIC untuk cuba mengubah sistem ekonomi dan kewangan dunia demi menjadikannya lebih adil dan saksama dan bukan hanya menguntungkan Amerikat Syarikat dan Barat. Kumpulan BRIC sudah pun mengambil langkah-langkah untuk mengambil kesempatan dari krisis kewangan dan kegawatan yang sedang melanda dunia ketika ini untuk menuntut perubahan serta ketelusan pada sistem kewangan dan ekonomi dunia. Negara-negara BRIC menuntut perubahan kepada IMF dan World Bank, dua institusi yang diperalatkan oleh Amerika Syarikat dan barat untuk memastikan yang mereka kekal menguasai ekonomi dunia.

Ini masanya bagi semua negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk bersatu dibawah kepimpinan BRIC (Brazil, Russia, India dan China) untuk menuntut perubahan kepada sistem ekonomi dunia yang terlalu memihak kepada Amerika Syarikat dan Barat.

Presiden Bush, the embodiment of satan in human form, sudah terhidu negara-negara membangun akan cuba mengambil kesempatan dari krisis kewangan dan kegawatan ekonomi dunia sekarang ini untuk menuntut digubal semula sistem ekonomi dunia yang selama ini telah menindas mereka. Maka dengan pantas Bush memanggil 20 negara-negara ke Washington untuk memastikan dunia akan muncul dari kegawatan sekarang ini (jika boleh diatasi kegawatan ini) dengan Amerika Syarikat dan Barat masih berkuasa dan masih berkedudukkan untuk terus menindas negara-negara membangun.

Kita tunggu dan lihat. Akal mengatakan inilah masanya untuk negara-negara membangun bertindak untuk merobah sistem ekonomi dunia yang baru. Jangan lepaskan peluang ini.

Bagi pendakwah-pendakwah Islam pula, jangan juga lepaskan peluang keemasan sekarang ini untuk menyebarkan mesej Islam. Islam memerangi riba dan perjudian, dan adalah terang serta nyata sekarang ini bahawa sistem kewangan dan ekonomi dunia yang berteraskan riba dan perjudian itu serta berunsur penindasan itu adalah sesuatu yang salah dan sudah pun gagal. Ini waktunya untuk menyebarkan mesej Islam yang memerangi riba dan penindasan.

No comments

Powered by Blogger.