botak penakut rupanya


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, tidak akan menyahut cabaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang, untuk mengadakan debat terbuka mengenai keadaan jenayah di negara ini.

Beliau berkata, Lim gemar mendapatkan publisiti dan tindakan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu hanya bertujuan untuk kepentingan politik.

"Saya tidak akan berdebat dengannya (Lim) apabila beliau sudah menetapkan fikiran.

"Jika beliau ingin berbincang mengenai polis, tiada masalah, beliau boleh datang dan bercakap dengan saya. Ini bukan untuk politik," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Lim pada sidang akhbar sebelum itu hari ini yang mencabar Syed Hamid untuk mengadakan debat terbuka dan disiarkan secara langsung mengenai keadaan jenayah di Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.