Kenyataan Akhbar. oleh YB Senator Ir. Zamri Bin Hj. Yusuf


Kenyataan Akhbar. oleh YB Senator Ir. Zamri Bin Hj. Yusuf. Pengerusi Perhubungan Negeri, Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah, (18hb. November, 2007).

Saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Kedah di atas Bajet 2009 yang dibentangkan pada hari ini, berdasarkan Anggaran Hasil 2009 bernilai RM487,478,010 berbanding Peruntukan bernilai RM505,007,757 adalah satu peningkatan positif dari segi pengurangan defisit.

Baget 2009 juga menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat kepada pembangunan dengan memperuntukan 74% dari peruntukan pembangunan kepada sektor Infrastruktur.

Ketelusan Kerajaan Negeri dalam membuka tender untuk usaha pembalakan, kelihatan memberi hasil yang memberangsangkan, iaitu berjaya menaikkan hasil balak dari sekitar RM13.5 juta pada 2007, kepada RM16.5 juta untuk tahun 2008, dan seterusnya RM35 juta bagi tahun 2009.

Begitu juga dengan pengurusan yang efisyen dalam anak-anak syarikat Kerajaan Negeri menunjukkan perolehan yang sangat membanggakan daripada tiada perolehan pada 2005-2007 kepada perolehan RM5 juta untuk 2008. Anggaran perolehan bagi 2009 disasarkan kepada RM35 juta.

Bekalan air ke kampung-kampung juga kelihatan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri, begiru juga kerja-kerja menaikkan taraf loji, yang saya jangkakan dengan pendekatan pentadbiran yang efisyen, kemudahan bekalan air ini akan sdapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat Negeri Kedah.

Secara keseluruhan, saya melihat komitmen Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, mengutamakan program pembangunan untuk masyarakat ramai, khususnya infrastruktur dan bekalan air luar bandar, untuk menaikkan taraf hidup penduduk yang selama ini agak ketinggalan.

Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat yang efisyen dan telus juga akan menjadikan bajet yang terhad ini boleh dimanfaatkan oleh ramai rakyat Negeri Kedah.

YB Senator Ir. Zamri Bin Hj. Yusuf.
Pengerusi Perhubungan Negeri,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Kedah,
Kedah Darul Aman.

No comments

Powered by Blogger.