Malaysia negara Islam contoh???


KUALA LUMPUR 21 Nov. - Pentadbiran baru Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan bakal Presiden baru, Barack Obama melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang boleh dijadikan contoh.

Sebagai negara Islam yang mengamalkan demokrasi, Malaysia dilihat mengamalkan pendekatan sederhana dalam dasar luarnya namun progresif kepada semua negara di peringkat antarabangsa.

Bekas Ketua Pegawai Rumah Putih Bahagian Polisi Tempatan di era pemerintahan bekas Presiden Jimmy Carter, Stuart E. Eizenstat berkata, langkah Malaysia seiring dengan pendekatan yang dijanjikan oleh Obama di dalam polisi luarnya terhadap negara Islam.

''Obama mahu rundingan secara diplomasi yang lebih toleran menjadi teras di dalam polisi luarnya kepada negara-negara lain,'' katanya semasa memberikan syarahan mengenai 'Hubungan Malaysia dan AS di Bawah Pentadbiran Baru' anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.

Beliau memuji Malaysia kerana turut berperanan aktif di peringkat pertubuhan ASEAN dan Menteri-Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

''Ia adalah konsisten dengan hasrat pentadbiran baru kerajaan AS yang mahu menjalinkan kerjasama erat dengan pertubuhan-pertubuhan peringkat Asia, dan Malaysia boleh membantu dalam mencapai misi itu.

''Pentadbiran AS kini sudah dapat melihat kepentingan jangka panjang untuk bekerjasama lebih rapat lagi dengan negara-negara Asia disebabkan kepentingan ekonomi dan politik,'' katanya.

Menurutnya, Malaysia adalah rakan dagang ke-16 terbesar di AS dengan nilai perdagangan kira-kira RM44 bilion.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi ISIS, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan.


amerika puji anwar hangpa pakat marah..time dapat hang pujian tu hangpa dok bangga no?pppuuihhhh.......

No comments

Powered by Blogger.