celaka lah apabila pemimpin yang zalim

r

PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda akan mengadakan sidang media pertamanya berhubung pembebasan beliau daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

"Insya-Allah, dia (Razak) akan buat dalam jangka masa terdekat," katanya.

Ditanya sama ada sidang media itu akan benar-benar diadakan memandangkan sidang media pertama yang dijadualkan 6 November lalu dibatalkan di saat-saat akhir, Abdullah berkata: "Ada (sidang media)...betul. Nanti dalam masa terdekat.

"Dia dah janji kan...nanti dia akan buat," katanya.

Razak sepatutnya mengadakan sidang media pada tarikh tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur namun telah membatalkannya di saat-saat akhir.

Pada hari yang sama, anaknya, Rowena, 21, mengeluarkan kenyataan meminta maaf atas pembatalan sidang media tersebut.

Rowena berkata, bapanya sedang menyesuaikan semula kehidupan sebagai seorang yang bebas selepas dipenjarakan hampir dua tahun dan ternyata penyesuaian itu mengambil sedikit masa.

Mengulas mengenai keputusan pihak pendakwaan yang tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Razak, Abdullah berkata, beliau bersyukur dengan keputusan tersebut.

Ditanya mengenai perasaan Razak berhubung hal itu, beliau hanya berkata: "Alhamdulillah...syukur. Segala-galanya dah di belakang kita.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskan Abdul Razak daripada tuduhan tersebut.

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.

Bagaimanapun, dua lagi terduduh iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Azilah dan Sirul Azhar akan memberikan keterangan secara bersumpah untuk membela diri mereka mulai 15 Januari tahun depan.

No comments

Powered by Blogger.