Najib Rai Jaguh Tenis Dunia Pada Majlis Makan Malam
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor meraikan empat jaguh tenis dunia pada majlis makan malam di kediaman mereka di Jalan Langgak Duta di sini.
Mereka ialah pemain nombor dua dunia Roger Federer dari Switzerland, pemain nombor kesebelas dunia James Blake dari Amerika Syarikat, bekas pemain nombor satu dunia era 80-an John McEnroe dari Amerika Syarikat dan bekas pemain nombor satu dunia era 70-an Bjorn Borg dari Sweden.
Para bintang itu kini berada di Malaysia untuk menyertai perlawanan pertunjukan The Showdown of Champions di Stadium Putra, Bukit Jalil eosk.
-- BERNAMA
No comments
Post a Comment