hang ni takbur la najib


KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam keadaan selamat walaupun ketiadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas urusan ke luar negara.

Bercakap kepada pemberita di sini petang ini, Najib berkata beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-20 di Lima, Peru malam ini, manakala Abdullah kini sedang dalam rangka lawatan ke Uzbekistan.

"Biasanya salah seorang akan berada di dalam negara, tapi kali ini tidak dapat dielakkan. Namun, kami berdua akan sentiasa berkomunikasi," katanya.

No comments

Powered by Blogger.