PERINGATAN BUAT RAIS YATIM-Malaysiakini.
Siapakah yang lebih jahat,zalim dan tidak berperikemanusiaan? Perdana Menteri Malaysia atau Presiden Amerika???
Kami di GMI mengetahui bahawa dua rakyat Malaysia itu telah ditahan di Guantanamo Bay sejak dua tahun yang lalu.Kami tidak hairan diatas penahanan itu kerana yang menahan itu ialah tentera Amerika di bawah Presiden Bush yang memang sedang mencari populariti melalui perang anti-keganasan yang ditaja olehnya.Presiden Bush yang tidak berugama Islam itu lebih baik dari Perdana Menteri Malaysia kerana, dia (Bush) menahan rakyat luar, bukan orang Amerika sendiri.Sedangkan, PM Malaysia, tanpa perikemanusiaan,telah menangkap rakyat sendiri dan dijadikan "kambing hitam"(scape goat) kerana ingin mengambil hati kuasa besar yang menaja kempen anti-keganasan.
Saya berpendapat,seruan Menteri Luar itu adalah satu perkara yang wajar dilakukan oleh beliau untuk mengingatkan Obama supaya segera membebaskan kedua-dua mereka.
Menteri Luar telah menyeru supaya kedua-dua tahanan dari Malaysi itu dibebaskan dari Guantanamo,tetapi bila pula beliau akan menyeru supaya semua tahanan ISA di kem kamunting segera di bebaskan dan ditutup saja kem itu???
No comments
Post a Comment