Rasuah jadi hak eksklusif Umno - Husam
oleh Abdul Aziz Mustafa
Isu politik wang yang membabitkan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini meningkat kepada cara berfikir Umno yang pelik iaitu urusan politik wang mereka adalah eksklusif untuk sesama mereka dan undang-undang negara tak berhak menyentuh amalan seperti itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Beliau menyifatkan kecaman Syed Hamid terhadap tindakan Yang Dipertua PAS Kota Tinggi, Kamaldin Tahir melaporkan tindakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu membeli undi dalam pemilihan Umno Kota Tinggi mencerminkan logik berfikir pemimpin Umno yang "tak lurus, bengkang bengkok".
Orang yang membuat laporan pula "kena bedal" oleh Syed Hamid, katanya.
"Rasuah dan politik wang Umno ada eksklusiviti dan 'orang luar' tak berhak mencegahnya. Pada hal, pemimpin yang menang pemilihan Umno secara korup akhirnya akan memimpin negara.
"Masih mereka percaya dengan doktrin urusan Umno untuk Umno saja sama seperti mereka percaya politik suku, agama suku," kata Exco Kerajaan Kelantan itu.
Sepatutnya, kata Husam, menteri sekanan Syed Hamid tidak perlu gentar atau menunjukkan kegentarannya dengan laporan sedemikian. Bahkan, katanya lagi, beliau harus dilihat terbuka dan sedia disiasat.
"Tuduhan boleh datang dan pergi tetapi apa diheran dengan laporan yang dibuat jika kita tak bersalah. Berani kerana benar.
"Penyiasatan yang akan dibuat akan membersihkan lagi nama baik beliau jika ia cuma laporan berunsur politik," katanya.
Husam mempersoalkan, dengan imej seburuk itu dan jalan berfikir sebengkok itu, layakkah Umno memimpin Malaysia?
Syed Hamid menyifatkan tindakan PAS melaporkan rasuah politik di dalam Umno kepada BPR sebagai pelik.
"PAS membuat laporan berdasarkan dokumen-dokumen Umno, ini pelik.
"PAS masuk campur, dengan maklumat yang diberikan orang-orang Umno. Kalau begitu PAS sepatutnya menyertai Umno," The Star memetik beliau berkata.
Sebelum ini, Kamaldin dan timbalannya Monaim Hassan serta Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan kepada BPR Johor tentang dokumen yang mendakwa berlaku gejala politik wang termasuk oleh Syed Hamid yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi.
Menurut Kamaldin, beliau menemui dokumen terbabit yang ditinggalkan di hadapan rumahnya ketika sedang menuju ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Subuh.
Ketua kumpulan lapan ahli Umno Bahagian Kota Tinggi membuat laporan polis berhubung tindakan PAS Johor itu, Muszaide Makmor berkata, mereka berharap polis dapat menjalankan siasatan tentang bagaimana dokumen terbabit boleh jatuh ke tangan PAS Johor.
Katanya, dokumen yang diperolehi PAS Johor itu dan diserahkan kepada BPR negeri itu merupakan dokumen yang sama diserahkan oleh pihaknya kepada Lembaga Disiplin Ibu Pejabat Umno Malaysia.
"Kami hanya mengemukakan dokumen terbabit kepada pihak Lembaga Disiplin Umno...dan tidak menyerahkannya kepada PAS Johor.
Muszaide baru-baru ini didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini dan digantung keahliannya selama satu penggal.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Mohd Sebot ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis dari kumpulan itu.

No comments
Post a Comment