UMNO Sudah Menjadi Parti Sdn. Bhd.

Semalam sempat pulang ke Tumpat untuk menghadiri Mesyuarat Bahagian. Sebagai perwakilan cawangan Kubang Batang Barat, saya pulang untuk menjalankan tanggungjawab dan hak untuk turut mengundi jawatan-jawatan parti yang dipertandingkan di peringkat Bahagian. Di Tumpat hanya jawatan Naib Ketua Bahagian, Ajk2 Bahagian dan Perwakilan ke Kuala Lumpur (G7) yang dipertandingkan.

Apa yang lebih menarik dalam pertandingan kali ini ini pertembungan Naib Ketua Bahagian dan AJK2 adalah di antara team yang mewakili guru2 dan veteran umno dengan team mewakili kelompok kontraktor. Memang UMNO Tumpat hari ini seperti mana kebanyakan bahagian2 lain, rata2 dimonopoli oleh golongan kontraktor. Kalau ditinjau dari segi kepimpinan Tumpat yang sedia ada, daripada Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Wanita yang baru, Ketua Puteri (baru)semuanya adalah dari kalangan kontraktor dan peniaga. Dengar2nya Ketua Pemuda yang baru pun sudah mendaftarkan diri sebagai kontraktor Kelas F.

Secara peribadi, saya hanya ingin melihat sama ada senario pemilihan Naib Ketua, AJK2 dan G7 kali ini akan turut diwarnai dengan penguasaan kelompok kontraktor, usahawan dan peniaga2 atau tidak. Telahan awal saya, mungkin para perwakilan inginkan perubahan agar UMNO kembali dikuasai oleh golongan guru dan pemimpin2 rakyat bawahan kalaupun bukan golongan agama yang hakikatnya sudah semakin meminggirkan diri daripada bergiat aktif dalam UMNO. Sedangkan golongan inilah yang pernah menjadi sumber kekuatan tulen kepada UMNO satu ketika dulu. Merekalah yang menjadi tulang belakang parti hingga UMNO dihormati oleh pelbagai kelompok masyarakat di semua peringkat.

Memang sejak pilihanraya lalu, isu inilah yang dimainkan oleh PAS di mana2. Sehinggakan salah satu poster yang paling berkesan menangkap imaginasi pengundi ialah “SATU UNDI UNTUK BN=SATU UNDI UNTUK KONTRAKTOR; SATU UNDI UNTUK PAS=SATU UNDI UNTUK RAKYAT“. Memang kata2 ini cukup mengesankan psikologi pengundi, apatah lagi melihat senario bahagian2 UMNO hari ini yang rata2nya dikuasai oleh golongan kontraktor. Sebab itulah selepas kekalahan teruk BN pada pilihanraya ke-13 lalu, saya menjangkakan mungkin ada sedikit gelodak perubahan dalam UMNO.

Berbalik kepada topik pemilihan parti di Tumpat ini, hakikatnya rata2 calon daripada kelompok kontraktor ini mempunyai kelebihan berbanding dengan kelompok guru. Mereka lebih ber’wang’ berbanding calon2 lain yang hanya mempertaruhkan air liur dan tulang empat kerat utk berbakti. Sepanjang 2-3 bulan lalu, ramai perwakilan yang memberitahu saya bahawa pemberian wang sudah bermula dan berlaku di cawangan2. Keadaan bertambah rancak 2-3 malam sebelum pemilihan. Ada yang menerima kain pelikat bersama kad2 pengenalan diri calon2 yang bertanding.

Saya sempat berseloroh dengan beberapa calon yg bertanding ketika saya disambut di pintu pagar tempat mesyuarat dijalankan. Niat saya hanyalah untuk mendapat pengesahan sama ada wujud rasuah seumpama itu atau tidak. Kata saya “Macam mana ni, semua perwakilan dapat kain dan duit, saya tak dapat apa2!”. Jawab salah seorang daripada mereka “Maaflah Dr, saya tak tergamak nak hantar duit dan kain pada Dr“. Dalam hati saya, memang sahlah apa yang dimaklumkan oleh ramai perwakilan dan calon2 yang bertanding kepada saya.

Ketika dalam dewan, calon Naib Ketua Bahagian yang berstatus guru datang duduk sebelah saya seraya berbisik, “Kalau perwakilan guna formula Tok Guru (ambil duit tapi pangkah bulan), saya yakin menang dgn majoriti 50 undi”. Saya bertanya pada beliau, “Berapa banyak yang ditabur semalam?”. Katanya dengan nada resah “RM150 seorang Dr.”. Saya tanya sekadar untuk menguji beliau “Kenapa tak balas RM200 macam orang lain buat?” Jawab beliau, “Saya ikut prinsip Dr. untuk tidak main duit”. Tersenyum syukur saya mendengar akuan beliau. Sekadar cuba memberi kata2 semangat sambil menepuk belakang beliau, saya berkata “InsyaAllah cikgu, pengundi bahagian bukan macam pemuda, mereka mungin boleh befikir secara rasional.” Sebenarnya saya sendiripun tidak begitu yakin dengan kata2 yang diluahkan itu. Cuma berdoa dan mengharapkan perwakilan bahagian benar2 celik hati dan minda agar memilih pemimpin berasaskan kualiti dan bukannya wang.

Namun jangkaan saya meleset sama sekali. SMS yang saya terima daripada seorang sahabat seawal pukul 6.30 petang memaklumkan keputusan terkini “Cikgu K tewas dengan majoriti 250 undi”. Tersentak saya seketika. Saya hanya membalas kepada beliau dengan nada kecewa”Apalah akan terjadi pada UMNO ni. Nampaknya wang adalah penentu segala-galanya!” Malamnya saya mendapat maklumat bahawa majoriti AJK dan G7 yang menang adalah dikalangan team kontraktor.

Jelaslah bahawa UMNO kini semakin terserlah sebagai Parti SDN BHD. Dikuasai oleh mereka yang berkepentingan dan menjadikan parti sebagai lubuk mencari harta. Matlamatnya bukan sangat untuk berkhidmat dan menabur budi tapi kini menjadi sebuah syarikat bermatlamat untuk mengaut keuntungan semaksima mungkin. Apa tidaknya, selama inipun segala projek-projek pembangunan akan disalur melalui bahagian dan diagih-agihkan hanya kepada segelintir yang berjawatan parti. Sebab itulah masing-masing berebut untuk menduduki takhta parti sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit untuk menang. Semua usaha ini ditanggapi sebagai satu bentuk pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih besar.

Saya pernah dipanggil Perdana Menteri beberapa bulan selepas pilihanraya. Selama 45 minit saya bersama Pak Lah di biliknya di bangunan Parlimen. Walaupun beliau nampak keletihan selepas menyelesaikan solah Isyak, namun banyak perkara yang kami berdua sempat bincangkan.

Antara lain, secara ikhlas saya memberitahu beliau bahawa UMNO tidak akan mampu merampas Kelantan sekiranya strategi penggagihan projek2 pembangunan adalah melalui Ketua2 Bahagian. Sebab itulah jawatan bahagian di Kelantan selalu diperebutkan lantaran masing2 mengejar projek2 yang ditawarkan. Akhirnya pimpinan bahagian menjadi semacam ‘mafia’ yang hanya dimonopoli oleh kroni-kroni berharta dan berkepentingan. Kalau ada orang baru yang dilihat berpotensi pasti akan dicantas awal2. Mereka ini bukan sangat memikirkan matlamat untuk menang pilihanraya, tapi lebih kepada strategi untuk mempertahankan tampuk kuasa. Seringkali juga jawatan parti itu dilihat lebih mahal nilainya berbanding jawatan sebagai wakil rakyat. Kalau jadi wakil rakyat duit pula akan habis untuk melayan pelbagai karenah rakyat. Jadi lebih baik kalah dan berterusan mendapat manfaat daripada projek2 pembangunan persekutuan.


http://www.asyrafwajdi.com/blog/

No comments

Powered by Blogger.