kalau nak kaya carilah rezeki yang halal

2 pengarah dituduh terima deposit RM172 juta tanpa lesen
Pengarah Mercantile Point Sdn Bhd, Hariyah Yaacob tiba di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima deposit dianggar bernilai RM172 juta tanpa lesen yang sah. Hariyah, 51, dan rakannya Rusdie Ganning, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua pengarah sebuah syarikat pelaburan skim cepat kaya Mercantile Point Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima deposit dianggar bernilai RM172 juta tanpa lesen sah.

Rusdie Ganning, 48, dan Hariyah Yaacob, 51, dituduh menerima deposit daripada pendeposit tanpa lesen sah daripada mana-mana institusi kewangan.

Rusdie turut menghadapi satu lagi pertuduhan apabila dia yang mewakili syarikatnya didakwa atas kesalahan sama di tempat dan masa yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 5.1, Unit 5.2 dan unit 5.7, Aras 5, Wisma UOA II, 21 Jalan Pinang, di antara 24 April 2007 hingga 2 April 2008.

RUSDIE GANNING

Bagi kesalahan berkenaan mereka didakwa mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, yang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau keduaduanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa daripada Bank Negara Malaysia, Hazri Haris mencadangkan kepada mahkamah agar mengenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebagai syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pegum bela Salehuddin Saidin, yang mewakili mereka berdua, bagaimanapun membantah dan memohon agar ikat jamin dikurangkan kepada RM10,OOO kerana nilai RM1 juta terlalu tinggi.

"Bagaimana mereka mahu membayar ikat jamin sebanyak itu sedangkan harta mereka telah pun dibekukan di bawah AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram) iaitu sejak bulan lima semenjak mereka disiasat.

"Jika mahu orang lain datang mengikat jamin sekali pun duit itu mestilah daripada mereka sendiri, tiada orang yang sanggup mengikat jamin mereka kerana jumlah itu terlalu tinggi," kata Salehuddin.

Hakim Rozana Ali Yusoff kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM300,000 bagi setiap tertuduh, dan sebagai syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes. BERNAMA

bergetar kaki dengar duit berjuta-juta....makan nasi hari ni pun rm2.30.......mujur ada duit dalam poket hahaha...alhamdulullah

No comments

Powered by Blogger.