mahathir: najib lemah dan tak berkemampuan


KUALA LUMPUR, 12 Nov (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai kemampuan yang secukupnya untuk menghadapi kemelesetan ekonomi global.
Iklan




Dunia, kata beliau, sedang berada di ambang kemelesetan ekonomi.

"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," Malaysiakini memetik beliau berkata.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, krisis ekonomi global memerlukan tindakan antarabangsa untuk menangani sistem kewangan global yang boleh disalahgunakan.

"Melainkan kita menukar sistem, (penyalahgunaan) tidak akan berhenti. Untuk merubah sistem kita memerlukan kerjasama. Bukan hanya perintah dari Washington," katanya.

Sebelum ini, Dr. Mahathir menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik.

Malaysiakini 21 April lalu melaporkan Dr Mahathir menganggap Najib "lemah dan pengecut".

rakyat ni lagi la tak percaya tau.....kenal dah perangai najib hahaha......berabih duit ada la

No comments

Powered by Blogger.