perhatian..perhatian.....rayuan ke 1267 kali..


PUTRAJAYA 12 Nov. — Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pasar raya besar agar secara ikhlas melakukan penurunan harga dan bukan kerana sekadar mengikut arahan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penurunan harga yang dilakukan dengan tulen akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat selepas mereka terbeban oleh krisis ekonomi global kebelakangan ini.

“Memang kita sedia maklum dengan usaha dan kempen-kempen yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai dua matlamat induk, iaitu untuk memastikan negara masih terus membangun di tengah-tengah kegawatan ekonomi global, dan menjamin pertumbuhan ekonomi pada kadar yang munasabah dengan meneruskan program-program yang berkaitan dengan rakyat.

“Penurunan harga oleh pasar raya besar seperti Mydin, Giant dan Carrefour telah dapat dilakukan dan rakyat boleh menikmati penurunan harga ini serta memperoleh manfaat darinya,” kata Najib ketika melancarkan Kempen Penurunan Harga Carrefour Malaysia di sini hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, penurunan sehingga 50 peratus harga barangan di Carrefour itu membolehkan rakyat melakukan penjimatan daripada aspek perbelanjaan isi rumah yang kebelakangan ini semakin meningkat kerana kegawatan ekonomi. - Bernama


rakyat lagi la datuk seri.....tiap-tiap hari dok seru..minta...rayua....tapi keraaaajan buat tak layan je

No comments

Powered by Blogger.