kisah di sebalik pencalonan khairy hari ini
Satu pesanan ringkas diterima pada pukul 2 tadi yang berbunyi:Pencalonan kj d rembau dbuat oleh setiausaha bhg selaku wakil bhg ke mesy pemuda. Pencalunan mukhriz dhalang dgn menarik pwakilan2 yg cuba calonkan mukriz jauh dr pembesar suara. Satu lg kehebatan kj mguna cara tidak umno utk jd pmimpin umno.
Apabila jurublog ditanya seorang pemegang jawatan UMNO Bahagian mengenai peristiwa ini, dia merasa lucu mendengar Setiausaha Pemuda Bahagian yang membuat pencalunan. Tidak adakah wakil Jawatankuasa Pemuda Bahagian atau perwakilan dari floor yang boleh calunkan, tanyanya. Disamping itu, Setiausaha dilantik dan bekerja langsung di bawah arahan Ketua Pemuda.
Malaysiakini.com melaporkan peristiwa ini dan versi laporan mereka adalah seolah-olah diatur 'kekecohan' supaya tidak ada pencaluan lain. Sebenarnya episod pencaluan untuk jawatan Ketua Pemuda di Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Rembau sungguh melucukan.
Dari laman-laman blog pro-Khairy, yang telah dipadukan suara propaganda blog-blog mereka minggu ini, dilaporkan seolah-olah ianya satu kemenangan besar buat Khairy di Rembau. Satu blog melaporkan bergema nama Khairy dilaungkan.
Jurublog hanya hairan apa perlu dibesar-besarkan kemenangan Khairy di Rembau? Bukankah lumrah seseorang calun tempatan mendapat pencalunan dari Bahagian sendiri?
Cuba bayangkan
Untuk memenangi pencalunan Bahagian sendiri, Khairy telah bermatian-matian bermesyuarat dan bermodal, muncul dua kali berturut-turut di Astro, mendapat temuramah Malay Mail, mungkin meminta laporan ditulis mengenai Rembau di beberapa akhbar perdana dan tabloid politik, dan berhabis-habisan blog-blog pro-Khairy (dan ada sekali gus pro-Anwar) memuji diri, dan mengkritik dan memfitnah Mukhriz dan Dr Khir.
Mungkin pasukannya percaya orang ramai akan termakan kata-kata Khairy tidak ada lagi bantuan dari Abdullah. Dengan memburuk-burukkan Mukhriz dan Dr Khir dengan cara memfitnah Mukhriz main duit, menggambarkan Mukhriz sebagai tikus dan mempermainkan rupa wajah Dr Khir tidak pasti akan berjaya memperbaiki persepsi ke atas dirinya.
Gambaran yang dilakukan mungkin reaksi balas ke atas gambaran buruk terhadap Khairy oleh pelbagai blog. Reaksi berdendam tidak bijak kerana persepsi terhadap Khairy sudah terbina bertahun-tahun oleh blog-blog pembangkang dan di laman web seperti Malaysia Today. Persepsi dari blog-blog individu dan pelbagai kaum pun sama.
Masaalah Khairy adalah dia tidak pernah hirau dan ambil peduli kritikan dan teguran yang berasas terhadapnya. Dia sering melakukan aksi dan 'stunt' yang terlalu mudah dibaca dan diinterpretasi serta sering menimbulkan kemarahan ramai yang mengunjung blogosphera.
Penulis faham Khairy tidak boleh ambil mudah dan perlukan kemenangan di Rembau untuk menjaga maruah air muka. Jika Bahagian yang diketuai sepupunya boleh dapat pencalunan, tentu memalukan Bahagian sendiri tidak mencalunkan.
Namun begitu, usaha bermatian-matian Khairy untuk Rembau agak anih sekali, kerana "game over" untuk perlumbaan mendapat pencalunan. Hairan, Khairy takut ada pencaluanan lain di tempat sendiri. Kalau Mukhriz dan Dr Khir dicalunkan, tentu mereka akan kalah dan undi yang diperolehi sangat sedikit berbanding 'calun tempatan'.
Tidak patut juga 'budak-budak penyokong' Mukhriz bersungguh-sungguh mahu menewaskan Khairy di Rembau. Janganlah sampai menjatuhkan maruah orang di tempat sendiri.
Adakah ini dendam penyokong-penyokong Mukhriz atas usaha memalukannya hari pertama di Machang yang diketahui ramai sebagai kampung sahabat baiknya dan kampung angkat Mukhriz di Kelantan?
Undi tidak percaya
Atau ini hanya sebenarnya masaalah dalaman Rembau?
Jurublog masih ingat peristiwa pada tahun lepas, Khairy menghadapi usul undi tidak percaya kerana mengubah nama perwakilan yang ditetapkan Mesyuarat Bahagian untuk ke Persidangan Agung UMNO.
Khairy memerlukan bantuan dari UMNO Bahagian dan Negeri termasuk Menteri Besar untuk mengenepikan usaha membawa usul dari Azman Mohd Shah, seorang pegawai syarikat insurans. Difahami usul tersebut diketepikan dengan satu undi dengan cara yang tidak beretika.
Semasa pertandingan untuk Ketua Pemuda Bahagian Rembau, Khairy terpaksa berhempas pulas dan bermodal untuk memastikan Azman yang tidak berkemampuan tidak cukup pencalunan.
Mingguan Watan dan beberapa blog pro-Khairy melaporkan Azman dibiayai Mukhriz untuk menafikan Khairy pencalunan. Laporan itu agak berlainan dari sumber-sumber yang diketahui dari Rembau.
Jurublog pernah diperkenalkan dengan Azman. Dari yang difahami dari rakan-rakan dan mereka yang dekat dengannya, dia lebih cenderung membantu pencalunan Zahidi atau mungkin Dr Khir. Dia tidak ada masaalah dengan Mukhriz tetapi tidak mahu dilihat berpihak dalam perlawanan yang dianggapnya proksi dua pembesar.
Selepas peristiwa hari ini, akhirnya Khairy mendapat pencalunan kedua dari Negeri Sembilan, selepas Bahagian Tampin yang diketuai sepupunya mencalunkannya. Tetapi pencalunan terakhir Negeri Sembilan, Seremban diperolehi oleh Dr Khir Toyo.
Mukhriz yang isterinya berasal dari Kuala Pilah mendapat lima dari lapan pencalunan Negeri Sembilan.
------------------------------Malaysiakini.com Nov 8, 08 2:41pm
Mesyuarat Pemuda Rembau 'kecoh sedikit'
Abdul Rahim Sabri
Mesyuarat Pemuda Umno Rembau 'kecoh sedikit" sewaktu proses pencalonan bagi ketua Pemuda Umno Malaysia diadakan pagi tadi.
Ia berlaku selepas nama Khairy Jamaluddin yang juga ketua Pemuda bahagian tersebut dicadang dan disokong untuk jawatan tersebut.
khairy jamaluddinSebaik sahaja nama Khairy dicalon, ada perwakilan yang terus membuat cadangan supaya pencalonan ditutup dan disokong oleh perwakilan lain.
Menurut sumber-sumber, ketika itu ramai perwakilan meluangkan nama 'Khairy' tanda penyokong pencalonannya
Ketika itu, seorang lagi perwakilan berjalan ke arah mikrofon dan meminta supaya dibuka semula pencalonan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan nama calon-calon mahu dicadangkan.
Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup".
Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Pengerusi tetap kemudiannya memutuskan pencalonan telah ditutup atas alasan majoriti perwakilan mahu Khairy dicalonkan sebagai ketua Pemuda.
Berikutan itu, Khairy terpilih sebulat suara sebagai calon ketua Pemuda, manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican dicalonkan untuk naib ketua.
Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan.
Sementara itu, Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda.
"Pencalonan ini tidak sempurna jika rakan-rakan saya sendiri tidak menyokong kita. Ini maruah saya," katanya selepas mesyuarat itu.
Sementara itu, Khairy juga kekal sebagai ketua Pemuda Umno bahagian tersebut selepas menang tanpa bertanding hari ini.
Manakala Mohd Shafrul Azman juga menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan dalam bahagian berkenaan.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/11/bermati-matian-khairy-mahu-dapatkan.html
No comments
Post a Comment