Malaysia Sebuah Negara Islam Keliru -malaysiakini


Ringkas tetapi padat, itulah Y.Bhg. Mufti Perlis, SS Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila membuat apa jua ulasan tetapi bernas malahan mudah difahami. Alangkah bagusnya jika semua ulamak yang ada dalam pentadbiran kerajaan bersikap setelus dan sejujur beliau di dalam mengemukakan apa sahaja pandangan dan pendapat tanpa dibayangi mana-mana kefahaman politik kepartian.

Isu-isu yang dikupas adalah berkenaan pentadbiran badan-badan agama Islam seperti JAKIM dan penasihat agama di JPM yang membawa konklusi bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang penuh dengan kekeliruan. Semoga beliau terus kekal dengan pendirian beliau tanpa mudah dipengaruhi unsur-unsur tidak sihat.

Saya mencalonkan beliau wajar dianugerahkan sebagai "Ulamak Negara" dan anugerah ini harus dijadikan sebagai anugerah tahunan pada sambutan Ma'al Hijrah setiap tahun di samping anugerah-anugerah lain yang sedia-ada. Marilah sama-sama kita tonton dan dengar hujah-hujah ringkas tetapi padat daripada beliau.



SELAMAT MENONTON! MENDENGAR! MEMAHAMI!

No comments

Powered by Blogger.