Obama cadang tutup penjara Guantanamo ~malaysiakini


WASHINGTON: Bakal Presiden baru, Barack Obama kini menrancang untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dan mendakwa mereka yang disyaki pengganas di Amerika yang mana disifatkan pentadbiran Bush sebagai 'mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan.'

Penasihat Obama merancang, sebahagian tahanan Guantanamo akan dibebaskan dan didakwa di mahkamah Amerika bagi memastikan mereka mendapat hak undang-undang serta perbicaraan yang adil.

Bagaimanapun, ia keputusan yang amat sukar kerana ia memerlukan sistem perundangan baru bagi menangani kes yang membabitkan maklumat sulit dan kes sensitif.

Kebanyakan 250 tahanan Guantanamo kini dikatakan berhak dibebaskan tetapi pentadbiran Bush menghadapi masalah untuk mendapatkan negara yang mahukan mereka.

Meskipun pelan itu belun diputuskan lagi, ia menimbulkan kritikan sesetengah perwakilan Demokrat yang tidak mahu sistem perundangan baru dibuat serta perwakilan Republikan yang tidak mahu suspek pengganas menjejakkan kaki ke bumi Amerika.

Penasihat Dasar Luar Obama, Denis McDonough, berkata bakal Presidan itu mahu menutup penjara Guantanamo tetapi 'keputusan muktamad belum dibuat mengenai bagaimana dan kaedahnya sehinggalah isu keselamatan negara dan perundangan diselesaikan.'

Obama mahu pentadbiran Bush melihat semula kaedah mengadakan tribunal tentera untuk mendakwa tahanan di Pusat Tentera Laut Amerika di Cuba,

Di Rumah Putih, jurucakap Dana Perino berkata ketika pertemuan pertama Bush-Obama, kedua-duanya menghadapi banyak cabaran dalam isu penutupan penjara berkenaan.

"Isu ini amat sukar dan kami sudah melaksanakannya dan kami fikir ia berjalan dengan baik dengan mendakwa tahanan di tribunal tentera," katanya.

Obama sebelum ini amat kritikal dengan proses berkenaan dan justeru itu penasihat undang-undangnya berusaha mencari penyelesaian alternatif terhadapnya.

Salah seorang penasihat terbabit, Laurence Tribe, profesor undang-undang dari Harvard berkata, membawa tahanan ke Amerika dan membicarakan mereka akan mencetuskan kontroversi tetapi ia memang boleh dilaksanakan. - AP

No comments

Powered by Blogger.