Dewan Rakyat Hari Ini - Malaysiakini


Sesi Soalan Jawab Lisan
(10.00 pagi hingga 11.30 pagi)

1. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) berapa ramaikah pekerja yang berasal dari negeri Sabah yang bekerja dengan syarikat sub-Kontraktor Petronas yang beroperasi di perairan Sabah; dan
(b) apakah rancangan Kementerian untuk melatih tenaga kerja dari negeri Sabah dalam bidang galian eksplorasi petroleum.

2. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) mengapa Klinik Kesihatan Ampang menghadapi waktu menunggu yang lama serta waktu kerja yang terhad dari Isnin hingga Jumaat serta bercuti pada hari cuti umum; dan
(b) apakah langkah Kementerian bagi mengatasi masalah seperti ini.

3. Tuan Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah dan peratusan pemilikan premis perniagaan mengikut kaum secara keseluruhannya di bandar-bandar di negara ini dan apakah langkah-langkah berkesan dalam jangka masa pendek dan panjang untuk menambah pemilikan premis perniagaan di kalangan Bumiputera.

4. Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan menganjurkan program meningkatkan taraf penggunaan Bahasa Inggeris untuk murid-murid Melayu di sekolah rendah di desa dan luar bandar supaya mereka boleh sedia bersaing apabila masuk ke peringkat sekolah menengah; dan
(b) jika ada, nyatakan apakah program-program tersebut, kesannya atau pencapaiannya.

5. Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk membuat penyelidikan dengan menggunakan biotek tentang dua jenis makanan yang terdapat di Sabah iaitu Tuhau dan Hinawa.

6. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [ Machang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dasar, strategi dan perancangan Kerajaan dalam mendepani masalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia.

7. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sudahkah perjanjian dimeterai dengan Kesatuan Eropah untuk pengeksportan makanan laut Malaysia ke pasaran mereka dan bilakah pengeksportan ini dapat dimulakan semula.

8. Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan maklumat terkini terhadap pecahan keluarga di Malaysia yang memperoleh pendapatan bulanan di bawah RM 1000 sebulan, antara RM 1001 dan RM 2000 dan RM 2001 hingga RM 3000 sebulan dan seterusnya hingga RM 20,000 sebulan mengikut pecahan kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli dan lain-lain.

9. Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah kes penyeludupan di dalam negara semenjak penstrukturan harga minyak dibuat. Adakah Kementerian berpuas hati dengan keadaan setakat ini dan jika tidak, apakah langkah tambahan yang dicadangkan oleh Kementerian.

10. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah peruntukan Kementerian dalam RMK-9 bagi tahun 2006 hingga 2010 bagi negeri Kedah dan nyatakan aktiviti Kementerian di negeri Kedah bagi tahun 2006 hingga 2010.

11. Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan nama-ama sungai di negeri Sarawak yang didapati sebagai sungai yang tercemar. Sila jelaskan maksud pencemaran itu. Sila jelaskan pendekatan yang terkini dari Kementerian bagi tujuan memulihkan sungai yang diiktiraf sebagai tercemar.

12. Tuan Loke Siew Fook [ Rasah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah dasar Kementerian sama ada membenarkan industri penternakan khinzir dihidupkan semula di kawasan Bukit Pelandok, Negeri Sembilan yang telah diberhentikan selama 10 tahun semenjak wabak JE merebak di kawasan tersebut. Kalau tidak, mengapa.

Senarai soalan lihat Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), SILA KLIK.

Antara soalan MP PAS yang disenaraikan:
Soalan No. 18 - Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pegawai dan kakitangan kontrak (lantikan politik) yang dibiayai melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri Kelantan.


Soalan No. 26 - Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pandangan pihak JAKIM dalam isu penahanan tanpa bicara dari perspektif Islam.




Soalan No. 28 - Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah "kahwin lewat" dan masalah kadar penceraian yang tinggi dalam masyarakat di seluruh negara.


Sesi Perbahasan Usul/ Perbahasan Bajet 2009 pada peringkat Jawatankuasa (mulai jam 11.30 pagi)

1. Usul 18 (1) oleh YB Dr Mohd Hayati bin Othman, (Teks lengkap akan disiarkan pada hari sidang).

2. Menteri Kewangan akan menggulung perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B10-B12/P10 dan P70 Kementerian Kewangan.

-
Pencelahan -

3. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala Bekalan & Pembangunan B13/P13 Kementerian Luar Negeri; dan

4. Perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kepala B20/P20 Kementerian Perusahaan Perladangan & Komiditi .
Sumber : mppas

No comments

Powered by Blogger.