perak; tajol rosli diserang sawan gila bab#?


IPOH 13 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, bahawa beliau hanya meminta jurugambar Utusan Malaysia memadamkan gambar yang dirakamnya dan bukannya merampas peralatan itu.

"Saya tengah makan, kemudian dia (wakil pejabat peguam) datang. Saya tanya anda siapa, dia tak jawab. Bagaimana nak serah notis (kalau) ada jurugambar.

Bila saya tahu mereka semacam ada pakatan, saya kata "bagi kamera awak," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tamat di sini hari ini.

Alasannya ialah beliau mahu memastikan gambarnya yang dirakam tanpa kebenaran, dipadamkan di situ juga.

Surat berkenaan menuntut Mohammad Nizar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya dalam tempoh tujuh hari bermula Rabu lepas kerana menuduh Tajol Rosli merancang konspirasi politik sehingga dua Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Pada 26 Ogos lepas, BPR mendakwa Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak, Osman Mohd Jailu dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan, Jamaluddin Mohd Radzi berkaitan projek perumahan di Perak Tengah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut menerima surat tuntutan yang sama daripada Tajol Rosli berkata, beliau tidak akan memohon maaf kerana tidak melakukan sebarang kesalahan.

Katanya, beliau tidak pernah menuduh Tajol Rosli sebagai perancang konspirasi tetapi hanya bertanya sama ada bekas Menteri Besar Perak itu yang merancang konspirasi berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.