Sajak Kematian-Jejas emosi anak atau jejas emosi ibu bapa? ~malaysiakini




Salam dan marhaban,


Kalau anda penonton setia TV3 terutama drama-drama bersiri berunsurkan seram (dan saya sendiri mengakui menonton Supernatural selain CSI), anda pasti tidak terlepas daripada menyaksikan slot Seram yang kini telah beralih kepada siri baru Puaka Niyang Rapik yang sungguh-sungguh merepek.Kalau dulu si saka Waris seolah-olah dijelmakan hingga mampu mengalahkan ayat-ayat Al-Quran atau kuasa si Waris begitu hebat hingga melayang-layang si ustaz tua tetapi akhirnya mati apabila kuburnya dijirus air yassin pada malam hari (teringat saya beberapa slot di dalam Supernatural yang mengunakan kaedah sama?) kini Puaka Niyang Rapik mula berterbangan ibarat hero kung fu dari pokok ke pokok atau kadangkala kelihatan seperti hantu Jepun dalam Ju Onn.Tipikal seekor hantu Asia agaknyanya, rambut panjang belah tengah...

Bagaimana kita boleh menerima filem-filem berunsur seram ini sebagai bahan tontotan bersama anak-anak pada pukul 9.00 malam tetapi sebaliknya kita tidak dapat menerima satu tontontan visual gambaran terhadap seksaan di alam kubur ?

Ironik sekali, kita boleh menerima cerita-cerita tahyul dan seram yang boleh menjejaskan akidah untuk dipertontonkan kepada anak-anak tetapi kita tidak dapat menerima cerita yang memberikan gambaran seksaan kubur seperti yang diceritakan di dalam Al-Qurqn kepada anak-anak.Sehingga iklan pasang tali pinggang di belakang pun mengunakan unsur kehantuan kita boleh terima dan anggap ia lucu kalau anak-anak ketakutan melihat iklan begitu.Tiada pula doktor-doktor pakar psikologi kanak-kanak tampil menyuarakan kebimbingan dengan sumbatan-sumbatan filem tahyul dan seram jejas akidah ini di kaca televisyen.


Tetapi apabila seorang ustazah disebuah sekolah menampilkan sebuah sajak kematian untuk dipertontonkan kepada anak-anak muridnya di dalam sebuah program motivasi solat mungkin, berita tersebut lantas menjadi sorotan utama di dalam Buletin TV3 setelah menerima aduan seorang bapa Mat Salleh (yang mungkin biasa dengan Halloween) dan seorang ibu berkelulusan tinggi.

Saya ingin juga tahu bagaimanakah video sajak kematian tersebut telah menjejaskan emosi anak pasangan terbabit.Adakah anak tersebut menjadi seorang yang penakut seperti anak saya sekarang yang berumur 2 tahun lebih setelah melihat iklan hantu tali pinggang belakang?Yang kini tidak boleh dibiarkan bersendirian di ruang hadapan sementara saya menyiapkan makan malam?

Atau anak pasangan tersebut "terjejas" emosi dan akal fikirannya setelah mengetahui hukuman di dalam kubur akibat tidak mengerjakan solat atau derhaka kepada ibu bapa.Lantas anak tersebut berubah dengan menjadi lebih hormat seperti bercakap lebih lembut dan memanggil ibu bapa dengan panggilan sesuai.Tidak lagi "I" atau "You".Atau anak tersebut menangis semahu-mahu memohon ampun kepada ibu bapanya kerana menyesali sikap kurang ajarnya selama ini.Atau lebih "menyeramkan" anak tersebut tiba-tiba terlalu peka dengan panggilan azan dan terus menunai solat tepat pada waktunya.Siap selepas solat bertelaku sebentar di atas sejadah dan menadah tangan memohon keampunan dari Allah SWT dengan esakan dan tangisan?

Pandangan peribadi saya begini, usaha untuk membendung gejala keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak hanya dapat di atasi dengan agama.Kalau untuk umat Islam sudah tentulah dengan ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran.Gunakalah apa jua pendekatan yang bijak selagi ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-sunnah.

Akhirnya, seperti kajian oleh Datuk Dr.Fadzillah Kamsah 80% umat Islam di Malaysia tidak lengkap solatnya atau tidak solat langsung.Peratusan daripada 80% itu terdiri daripada ibu bapa.Mungkin juga sajak kematian itu lebih menjejaskan emosi ibu bapa daripada anak-anak mereka.Wallahuallam.http://stanceofmuslimah.blogspot.com/

3 comments

mangchikla said...

"Mungkin juga sajak kematian itu lebih menjejaskan emosi ibu bapa daripada anak-anak mereka".... tepat sekali... Kebanyakan kite dah terkena penyakit wahm.."Hubbud Dunya wa Karohiyatul Maut", Cinta dunia dan takut mati. "exonta" - word verfication, muekekeke

kakLuna said...

tu lah,mak bapak skrg ni nk 'mengajar' org lain mengajar.
kalo dh bagus sangat apsal x ajar je sdiri anak2 tu terutamanya ilmu akhirat.

web admin said...

zaman sekarang ibu bapa perasan alim dari ustaz...magchik

kakluna....ibu bapa sekarang banyak ajar ilmu dunia kepada anak-anak

Powered by Blogger.