Strategi kerajaan BN ‘membantutkan’ bidang keagamaan
Oleh Khalid Samad
Banyak isu telah dibincangkan semasa dua hari sesi perbahasan budget Perdana Menteri pada minggu lalu. Ini termasuk antara lainnya; isu peranan BTN, BPR, Hal Ehwal Agama dan Badan Kehakiman. Perbahasan amat hangat dengan penglibatan penuh oleh Ahli Parlimen PR dan walaupun pihak BN tampak sugul. Kemungkinan mereka baru tersedar bagaimana besar implikasi keatas Najib semasa Speaker memihak kepada budget yang telah dibentangkan oleh Dollah pada 29 Ogos sebagai budget rasmi yang sedang dibahaskan. Lembab betul!
Bagaimanapun, saya tidak begitu berkenan sebenarnya untuk berbahas budget yang telah dibentangkan pada 29 Ogos kerana tidak bersedia dipertahankan sendiri oleh Menteri Kewangan yang baru. Bukankan beliau sendiri telah cuba untuk “menyeludup” budget baru berjumlah RM 7 Billion sebagai pakej insentif melalui jalan belakang? Walaubagaimanapun, kami turut serta untuk membahaskannya dan beberapa perkara menarik telah timbul.
Pertama jelas berkenaan isu pembayaran ex-gratia kepada para hakim yang telah diarahkan untuk bersara pada 1988. Nazri telah berdolak dalih untuk tidak mengaku kesalahan yang dilakukan oleh pihak eksekutif pada waktu itu, iaitu Dr. M. Pembayaran ex-gratia itu adalah untuk ‘kesengsaraan yang ditanggung’ dan untuk mengiktiraf jasa mereka. Ia bukanlah satu penyelesaian tetapi hanya untuk kita bergerak kehadapan.
Dengan tidak mengaku kesalahan dari pihak Ketua Eksekutif, maka tiada pengajaran yang boleh diambil. Apa yang kita dapat hanyalah suatu kompromi yang mengakibatkan rakyat terpaksa membayar sejumlah RM 10 Million dan kebanyakannya amat terkejut dengan kewarasan keputusan yang diambil. Adakah pembayaran ini untuk nama yang telah sedia tercemar?
Nazri menyebut bahawa apa yang dibayar kepada para hakim ini adalah pencen dan penghargaan. Dalam erti kata lainnya, dari segi kewangan dan undang-undang semuanya teratur. Apa yang tidak jelas ialah kebersihan reputasi, dicemarkan oleh ‘penemuan’ tribunal dan keputusan untuk mengarahkan para hakim untuk bersara. Adakah RM 10 Million cukup sebagai gantirugi reputasi yang telah tercemar yang cuba diselamatkan oleh pembayaran ini? Dalam kata lainnya, dengan tidak berterus terang dan mengaku bersalah diatas kesalah mereka, ex-gratia ini telah digunakan. Itulah harga maruah mereka. Disini bolehlah saya simpulkan, jika sekiranya mereka mengambil sikap merendah diri keatas para hakim ini, RM 10 Million mungkin tidak diperlukan sama sekali.
Mengapakah rakyat harus membayar dan terus membayar keatas kesilapan dan kecuaian pihak Eksekutif? RM 10 million itu jika didesak sekalipun, sepatutnya datang dari Dr. M dan kerajaan sepatutnya berani untuk mengaku kesalahan mereka. Dengan itu barulah dapat kita belajar dari kesalahan. Kerajaan tidak akan berminat lagi untuk campurtangan dalam urusan kehakiman di masa akan datang. Rakyat juga, setelah memahami bahawa jumlah million wang yang telah hilang kerana campurtangan eksekutif, akan segera untuk memberi amaran dan mengingatkan mereka akan kos keatas kecuaian mereka. Sila lihat video perbahasan saya disini.
Isu kedua yang menarik perhatian saya adalah berkenaan respon dari Zahid Hamidi tentang isu guru KAFA di Perak. Ia telah diketengahkan oleh YB Saifuddin (Machang) bahawa kerajaan Negeri Perak kini membayar RM75 sebulan selain RM500 sebulan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan BN Perak yang terdahulu tidak memberikan mereka apa-apa.
Dengan ini, Zahid bingkas menjawab, “mana-mana budak sekolah darjah lima pun tahu bahawa 75 lebih kecil dari 500, maka apa yang mahu dikecohkan?” Kemudian dia pun terus memberi tekanan. Saya mahu respon kepada kenyataan beliau yang jauh terpesong ini tetapi tidak diberikan laluan. Fakta sebenar tentang perkara ini ialah, anda tidak sepatutnya membandingkan RM 75 dengan RM 500. Ia sepatutnya dibandingkan dengan RM 0 yang dibayar oleh kerajaan negeri BN sebelum ini! Kedua, seseorang itu turut boleh membuat penafsiran mudah bahawa Kerajaan PR diperingkat Persekutuan akan membayar lebih dari RM 500 yang sedang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini.
Ia telah menjadi satu strategi kerajaan BN pimpinan UMNO selama ini untuk ‘membantutkan’ bidang keagamaan, termasuk guru-guru agama. Mereka berharap dengan ini akan mengakibatkan minat di dalam bidang keagamaan yang hanya membawa pendapatan yang kecil ini agar akan terus pudar di kalangan umat Islam. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilakukan oleh pihak British dengan membuatkan pendidikan keagamaan sebagai tidak berkepentingan didalam pentadbiran mereka, yang membuatkan para ustadz pada masa itu seolah-olah seperti pengemis. Jika ada pun sebilangan kecil yang masih berdegil dan mahu meneruskan pendidikan keagamaan ini, pendapatan yang rendah akan mengakibatkan mereka terlalu sibuk mencari pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan. Dengan itu, mereka tidak akan dapat untuk turut serta dalam aktiviti ‘anti-kerajaan’.
WalLahu ‘Alam
No comments
Post a Comment