UMNO Dan Wang Berpisah Tiada.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa tidak ada tempat dalam UMNO bagi pemimpin parti itu yang terlibat dalam gejala politik wang.

Tegasnya, UMNO memerlukan pemimpin yang memiliki kredibiliti dan bersih daripada amalan politik wang untuk meneruskan perjuangan parti ke peringkat tertinggi.

Kata-kata yang sama dengan Pi Em terdahulu... tindakan jugak sama macam UMNO yang dahulu.

Abad ini, siapa yang tak kenal UMNO? abad ini siapa yang tak tahu satu-satunya "Universiti Cepat Kaya" ialah UMNO? tanyalah sesiapa sahaja baik yang bergiat dalam politik secara aktif atau tidak aktif pasti tahu UMNO dan wang tak dapat dipisahkan.

Sebutlah satu nama pemimpin dalam UMNO yang tak pernah dikaitkan dengan wang.sebutlah satu mesyuarat mana-mana cawangan atau bahagian dalam UMNO yang tak melibatkan wang.sebutkan juga UMNO tanpa wang, pasti janggal bunyinya kan?

Tolak pemimpin yang terlibat dengan politik wang?sebutkan pula satu nama dalam senarai pencalonan Mac ini yang tak terlibat dengan wang.ada?

Kalau ada pasti itu bukan UMNO, tapi "hantu" yang menyamar sebagai ahli UMNO.

Tak percaya? tanyalah ahli UMNO sendiri.

No comments

Powered by Blogger.