kecewanya aku


KUALA LUMPUR 10 Nov. – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Berikut adalah kenyataan beliau yang dikeluarkan di sini sebagai respons kepada keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini:

“Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO mahu satu perundingan melibatkan Datuk Kamilia Ibrahim (yang layak bertanding Naib Ketua Wanita) diadakan.

“Dalam perbincangan Exco Wanita hari ini, saya telah meminta Tan Sri Rafidah Aziz menimbangkan semula tarikh peralihan kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO selaras dengan pemilihan di peringkat Pusat termasuk Pemuda dan Puteri.

“Namun, Tan Sri Rafidah dan Exco mengambil pendirian untuk menolak saranan saya dan mengekalkan pelaksanaan peralihan kepimpinan antara beliau dan saya pada Jun 2009.

“Dalam hubungan ini, adalah amat perlu bagi Tan Sri Rafidah, saya dan Datuk Kamilia Ibrahim untuk berbincang.

“Adalah elok untuk perbincangan ini dibabitkan sama dengan Datuk Kamilia Ibrahim.

“Saya akan membuat keputusan muktamad (selepas ini) setelah berbincang dengan Datuk Kamilia dan mengambil kira pandangan semua pihak, amanah daripada Wanita bahagian serta akar umbi.

“Harapan saya sama juga dengan Exco Pergerakan Wanita supaya tidak ada pertandingan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua.

“Saya akan minta kepada Tan Sri Rafidah dan anggota Exco Pergerakan Wanita yang lain supaya diadakan rundingan secara damai. Berikanlah sedikit masa kepada kami untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.”

No comments

Powered by Blogger.