ada lagi islam hadhari?
Pendekatan Islam Hadhari akan diperluaskan melalui aktiviti yang dipelbagaikan agar konsepnya dapat diterima oleh semua masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, langkah itu juga dapat menangkis tanggapan bahawa Islam Hadhari adalah agenda politik.
Sehubungan itu, kata beliau, pemahaman dan penerimaan Islam Hadhari akan dipertingkatkan agar ia tidak dimanipulasi oleh pembangkang sebagai alat politik.
''Wujudnya fahaman tidak betul mengenai konsep Islam Hadhari. Ada segelintir masyarakat yang menolak perkara ini kerana islahnya yang di polemikkan walaupun matlamat dan kandungannya sangat baik.
''Biarpun agenda itu diteruskan, telah wujud keadaan jumud, sekali gus membawa kepada rasa kurang senang masyarakat berikutan ada pihak yang cuba mempolitikkannya," kata beliau pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Wacana Panel Pemikir Islam Hadhari di sini malam tadi.
1 comment
Islam Hadhari tu pun suatu fahaman!
Post a Comment