1malaysia kena tutp mulut? kata ketua 1malaysia


PETALING JAYA 24 Mei — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membuat kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara.

Perdana Menteri mengingatkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan mesti mempunyai hadnya terutama dari segi apa yang disuarakan.

“Jangan buat sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan kaum dan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan di sini.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ingatan Perdana Menteri itu jelas merujuk kepada pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan oleh pemimpin Hindraf sejak akhir-akhir ini.

“Mereka telah dibebaskan dan kini mereka membuat kenyataan yang keterlaluan dan saya serahkan kepada rakyat untuk menilai, ada had dari segi apa yang disuarakan...jangan buat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan menjejaskan perpaduan negara”, katanya.

Najib berkata kerajaan ikhlas dalam membela nasib rakyat dan tidak mahu dituduh sebagai kerajaan yang zalim.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertimbang rasa dan sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan semua kaum terpelihara.

- BERNAMA


nak tut mulut? hang tu kena tutup mulut. makin banyak cakap rkyat makin nampak umno semakin jijik!

No comments

Powered by Blogger.