1malaysia: pusat permata najib!

Datin Seri Rosmah Mansor, berkata sukatan pelajaran yang sedang diguna pakai oleh Pusat Permata sememangnya menerapkan proses pembelajaran yang tidak membezakan sesuatu kaum, latar belakang mahupun agama.

"Usia satu hingga lima tahun adalah peringkat paling sesuai untuk membentuk kemahiran berfikir dan daya ketahanan diri pada anak-anak dengan pendedahan awal berkomunikasi dan bergaul secara semulajadi," katanya kepada pemberita selepas ditemubual oleh Radio 24 di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, di pusat asuhan Permata, kanak-kanak melalui persekitaran selesa dan menyeronokkan tanpa merasakan perbezaan antara kaum itu seperti bersama-sama menyanyi lagu Negaraku dan mempelajari Rukun Negara.

"Di pusat Permata kita mahukan kanak-kanak melalui cara (proses) berinteraksi yang baik tanpa perlu dipaksa-paksa atau mengkehendaki mengadakan suatu program khas untuk membentuk semangat perpaduan di kalangan mereka," katanya.

Rosmah yang juga penaung dan pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara berkata melalui laporan yang diterima terhadap perkembangan pusat itu, kanak-kanak yang diasuh di pusat Permata melalui proses pergaulan sihat di mana mereka sudah pandai berbahasa dalam dialek kaum lain.

No comments

Powered by Blogger.