Agenda Bang Mat: Raih sokongan semua kelompok

KL: Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu yakin berpeluang memenangi jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar Tahunan parti, Jumaat depan dan akan berjuang memastikan Pas terus mendapat sokongan umat Islam serta bukan Islam.

"Saya rasa tiada masalah untuk menghadapi calon lain (penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Husam Musa) dan saya berkeyakinan mempunyai peluang memenangi jawatan itu, malah bersedia menghadapi pertandingan berkenaan.

"Kita serah kepada perwakilan untuk menilai kita dan membuat keputusan, di dalam Pas pemimpin yang bertanding tidak mempunyai wang untuk berkempen," katanya.
Mohamad berkata, beliau juga menawarkan diri bertanding jawatan nombor dua itu kerana ingin membantu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan percaya boleh menyumbang.

Malah, beliau mendakwa sikapnya yang agak agresif di barisan hadapan parti itu sehingga menyebabkan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bukanlah satu beban kepada parti dan tidak akan menjadi penghalang untuk beliau memenangi jawatan itu./ Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.