aminah kata PKR tawar 80000? wow murahnya kak min!



BUKIT MERTAJAM: Calon Bebas, Aminah Abdullah mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran RM80,000 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Selain daripada tawaran ganti rugi wang perbelanjaan bagi kegunaan pilihan raya, PKR juga menjanjikan untuk membayar kembali wang deposit sebanyak RM5,000 kepadanya.

"Mereka tawarkan RM80,000 dan janji nak bayar balik wang deposit kepada Kak Min (Amninah)," katanya pada sidang media di bilik gerakannya di Simpang Tiga Kubang Ulu di sini hari ini.

Menurut Aminah pada 13 Mei lalu, beliau didatangi oleh dua orang wakil PKR iaitu Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang dan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR negeri bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut.

Malah Aminah juga mendakwa kehadiran dua wakil tersebut mendapat restu daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya selain tawaran agar beliau menarik diri, wakil tersebut juga memberikan tawaran alternatif kepadanya iaitu berupa jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis (YDP) Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

"Kak Min juga ditawarkan jawatan TKM 1 dan YDP MPPP tapi dengan syarat selepas menang Kak Min sertai semula PKR," katanya.

No comments

Powered by Blogger.