anda tahu siapa blogger yang zahid hamidi bagi rasuah?

Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

KUALA LUMPUR: Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

“Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 bahawa Zahid tidak dapat datang,” katanya.

Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

“Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam,” kata beliau.

Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.

Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS minggu depan.

Sumber : MStar Online

Rata-rata peminat program Hujah yang dityangkan oleh TV9 kecewa apabila Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno menarik diri di saat-saat akhir. Dato Husam Musa yang sudah bersiap sedia untuk menghadiri prgoram itu juga kecewa dengan tindakan Zahid itu.

Persoalannya kenapa Zahid melarikan diri dari Husam? Ada apa-apa yang ditakutinya ke? Katanya, ada kes yang melibatkan Zahid dan seorang blogger yang boleh juga dijadikan modal oleh Husam dalam tajuk “RASUAH POLITIK” itu.

Namun apakah segala salah laku itu boleh didiamkan begitu sahaja walaupun tanpa didedahkan oleh TV9?

Menurut satu sumber, Husam sudah bersedia menelanjangi blogger tersebut yang selalu menyerangnya. Kita tunggu pendedahan Husam nanti….

No comments

Powered by Blogger.